Jumaat, 9 Disember 2011

iPhone 4S Kini Di Malaysia

Mohon maaf kepada mereka yang sering berkunjung ke blog saya untuk mendapatkan info terkini berkenaan dengan teknologi. Boleh saya katakan akhir tahun yang agak mencabar bagi saya pada tahun ini. Apapun tidak perlu untuk saya tulisnya di sini cukuplah sekadar di Facebook saya.

Apa yang menarik perhatian saya pada kali ini adalah ketibaan iPhone 4S yang teramat ditunggu-tunggu ramai. Walau bagaimanapun, untuk kali ini seperti mana yang berlaku di negara-negara lain mereka yang ingin mendapatkan gadget ini perlulah membuat pesanan awal untuk membolehkan anda memiliki gadget ini di Malaysia.

Buat masa ini terdapat dua penyedia perkhidmatan yang membuat promosi mereka bagi memberikan pakej terbaik untuk mereka yang ingin membeli telefon pintar iPhone 4S ini. Anda boleh layari laman sesawang Celcom untuk membuat pesanan awal ini. Menurut mereka, telefon pintar ini akan berada di tangan pembeli yang membuat pesanan awal pada 16 Disember ini. Selain itu, Celcom juga akan mengadakan pelancaran iPhone 4S ini di La Bodega, Bangsar Shopping Centre. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan untuk mereka yang berkunjung di hari pelancaran ini dengan hadiah menarik seperti telefon pintar iPhone 4S ini sendiri, muat turun kandungan, headphone Apple, iPod Shuffle, Celcom prabayar dan pek jalur lebar. Mereka yang inginkan gadget ini boleh mula beratus panjang bermula jam 9 malam dan masa pelancaran secara rasminya bermula jam 12 tengah malam.


Maxis juga tidak ketinggalan untuk menberikan pakej terbaik mereka bagi peminat telefon pintar iPhone 4S ini. Anda juga boleh melayari laman sesawang Maxis bagi membuat pesanan awal ini. Majlis pelancaran untuk Maxis pula akan berlangsung di KL Convention Centre dengan menyediakan pelbagai acara selama 3 hari dan munurut mereka bagi yang telah membuat tempahan awal boleh mengambil telefon pintar iPhone 4S mereka seawal 15 Disember ini.





Tiada sebarang berita dari Digi berkenaan promosi mereka ke atas telefon pintar iPhone 4S ini.