Isnin, 12 September 2011

Sony Ericsson Xperia Mini Dan Mini Pro Sekarang Telah Berada Di Malaysia




Diumumkan sebentar tadi, Sony Ericsson Xperia Mini dan Mini Pro akhirnya mendapat jalan mereka ke negara kita.Siri mini asal sentiasa dipersoalkan tentang kejayaannya di Malaysia, tetapi Sony Ericsson mempunyai keyakinan yang cukup dalam dengan telefon bimbit kecil mereka ini dengan memberi lebih kesegaran iaitu dengan memasukkan lebih banyak ciri-ciri yang terkini. Telefon bimbit yang baru akan menggunakan pemproses Snapdragon 1GHz dan Sistem Operasi Gingerbread 2.3 dengan paparan Realiti yang indah “Mobile Bravia Engine” dan rakaman video HD. Kedua-dua peranti juga akan mempunyai 3 inch skrin kaca kalis calar.

Seperti sebelum ini, pro mini akan membawa anda dengan papan kekunci tolak-keluar yang optimum yang sesuai dengan orang-orang yang sukakan papan kekunci, tetapi dengan saiz sebergitu saya tidak pasti bagaimana ia boleh membantu pengguna yang terlebih lemak seperti saya.

Pengurus Besar Sony Ericsson Hub bagi Singapura dan Malaysia, Peter Ang berkata, "Kami mahu menyediakan pilihan yang lebih besar kepada pengguna Xperia™, sambil membina kejayaan siri mini asal. Telefon pintar turbo-charged ini kini mengandungi lebih banyak kuasa, fungsi yang dipertingkatkan, skrin yang lebih besar dan ciri-ciri premium yang unik untuk Sony Ericsson. Telefon ini penuh dengan ciri-ciri yang pastinya akan memberikan pilihan yang terbaik kepada mereka yang mencari semua manfaat daripada Android dan Sony dengan bentuk indah dan dan bersaiz padat yang mudah untuk digunakan. "
 


Xperia Mini Pro tersedia pada masa ini dan harga runcit adalah RM799 manakala Xperia Mini akan disediakan bermula 19 September pada harga RM699.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan