Mungkin aplikasi seperti ini adalah tidak begitu bermakna untuk sesetengah pihak lebih-lebih lagi kepada mereka yang menjadi pengguna tetap pengangkutan awam. Walau bagaimanapun anda harus ingat bahawa pengangkutan awam sedia ada bukanlah yang selalu digunakan oleh rakyat kita sahaja tetapi juga pelancong. Aplikasi seperti ini t elah banyak dibangunkan di negara-negara lain seperti Jepun, Korea, Hong Kong dan Taiwan. Jadi aplikasi seperti ini sudah tentu akan banyak membantu mereka yang kurang biasa dengan sistem pengangkutan awam tempatan yang ada. Kita sepatutnya berapa bangga akan kewujudan aplikasi seperti ini yang kini telahpun muncul di Pasaran Android (Android Market).
Apa yang anda tunggu lagi, buka telefon anda sekarang dan muat turun aplikasi ini sekarang. Anda juga boleh mencadangkan aplikasi ini kepada kawan, pelanggan atau saudara anda yang mungkin akan melakukan perjalanan ke Malaysia tidak lama lagi dan mereka mungkin akan bergantung kepada pengangkutan awam berbanding kenderaan anda, jadi arahkan mereka untuk muat turun aplikasi ini. Sudah tentu aplikasi ini akan banyak membantu mereka dan menyelamatkan mereka dari kerumitan sesat di mana-mana dan jangan lupa juga bawaha ia pasti akan memberikan anda ketenangan fikiran kerana mereka mungkin tidak akan memanggil anda di setiap hentian untuk meminta arah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan