Khamis, 29 September 2011

4 Oktober : iPhone 5 atau iPhone 4s?




Sedikit berita berkenaan Apple : Buat masa sekarang ini khabar angin yang di sampaikan di telanga kita semua telahpun menjadi rasmi. Apple kini telahpun mengumumkan bahawa 4 oktober adalah tarikh rasmi untuk bercakap berkenaan iPhone. Apple dijangka akan mengumumkan butiran sebenar berkenaan generasi akan datang yang sememangnya ditungu-tungu iaitu iPhone 5 atau mungkin sesuatu yang agak mengecewakan kita iaitu peningkatan hanya pada kelajuan yang boleh kita gelar iPhone 4s. Sudah tentu berita ini menjadi lebih baik jika kita mendapat petunjuk bahawa kedua-duanya akan keluar sekali.

Dari apa yang kita tahu sekarang, iPhone terbaru (salah satu daripada mereka sekurang-kurangnya) akan menampilkan kamera 8MP, 1GHz RAM, aluminium belakang, skrin yang lebih besar dan sejumlah besar peningkatan baru. Sudah tentu anda juga akan melihat perkara seperti itu juga bukan? Bahwa iPhone baru akhirnya mengejar teknologi sedia ada pada kebanyakan telefon Android di pasaran. Mungkin dengan pelancaran iPhone baru ini maka angka penguasaan pasaran ini akan kembali ke dalam keseimbangan.

Di atas semua pengumuman yang dinyatakan, Apple dikatakan juga bakal melancarkan Facebook dinanti-nantikan untuk iPad setelah kelewatan lebih 4 bulan yang menyebabkan projek ini hampir terpaksa berhenti dalam kekecewaan.

Jadi apakah yang anda fikirkan akan keluar pada 4 oktober nanti? Masih bermain-main di fikiran kita apa yang bakal kita lihat nanti. Mari kita sama-sama tunggu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan