Khamis, 15 September 2011

PlayStation Vita Terima Tarikh Keluaran Rasmi Untuk Pasaran Jepun



Pada bulan Ogos yang lepas saya ada menulis sedikit berkenaan Sony Vita ini dan di sini sekali lagi saya akan memberikan sedit info berkenaan peranti ini. Seperti yang kita dapat lihat sekarang ini agak lama juga untuk Sony tidak mendedahkan apa-apa butiran mengenai pengeluaran akhir peranti permainan telapak tangan mereka yang baru iaitu  PlayStation Vita sehingga kini. Semasa taklimat Game Show Tokyo baru-baru ini, ia telah menyatakan bahawa peranti yang dikatakan ini akan muncul di Jepun pada 17 Disember dengan pesanan awal(pre-orders) bermula dari 15 Oktober tahun ini dan seterusnya.

Peranti ini akan dijual pada harga RM1204 (JPY 29980) untuk model 3G manakala model WiFi hanya akan datang dengan tag harga RM 1004 (JPY 24980); yang mana seperti apa Sony Kazuo Hirai telah berkata sebelum ini. Malangnya, maklumat tentang keluaran dan harga bagi kawasan-kawasan lain masih tersembunyi dan hanya pihak Sony sahaja yang tahu. Saya percaya penungguan itu satu penyiksaan buat kita bukan? Apa boleh kita buat, tunggu dan masih menunggu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan