Khamis, 11 Ogos 2011

Produk Terbaru Samsung : Galaxy R




Saya percaya ramai yang telah sedia maklum berkenaan produk Samsung yang terbaru iaitu Samsung Galaxy R. Perkara ini sudah tentunya tidak membawa banyak kejutan kepada kita memandangkan kita telah melihat peranti ini diceritakan di banyak tempat terutamanya di “youtube”.  Produk terbaru dari Samsung ini adalah gabungan antara syarikat mereka dan juga NVIDIA yang sudah tentunya terkenal dengan syarikat pengeluar kad grafik yang popular.

Produk ini tidaklah begitu mendahului spesifikasi yang terdapat pada abangnya iaitu Samsung Galaxy SII tetapi apa yang menarik perhatian saya adalah cipset NVIDIA yang digunakan oleh Galaxy R ini. Sudah tentu peranti ini akan memberikan anda kepuasan pada permainanya. Anda boleh memuat turun data permainan yang berkualiti tinggi dan kebanyakannya adalah dalam kualiti HD. Anda juga boleh mendapatkan permainan tersebut dari “NVIDIA Tegra zone” yang pastinya ia akan memberikan anda kepuasan sepenuhnya apabila bermain permainannya.

Samsung Galaxy R ini dilengkapi dengan pemproses CPU 1GHz Tegra 2, WVGA 4.2-inci (800 x 480) Super Clear LCD, kamera 5MP di bahagian belakang dan 2MP di bahagian depan , dan tidak lupa juga sistem operasinya iaitu Gingerbread dengan UI Samsung TouchWiz. Telefon Galaxy R ini kini sudah berada di Sweden yang digelar sebagai Galaxy Z dan kini dalam perjalanan ke Eropah dan Asia (termasuk China). Tidak pasti lagi bilakah produk terbaru ini akan berada di pasaran Amerika tetapi pelancaranya mungkin terjejas kerana ia mungkin akan dikaburi oleh abangnya sendiri iaitu Galaxy S II.

Spesifikasi penuh Samsung Galaxy R :

  • Rangkaian : GSM:850, 900, 1800, 1900
  • UMTS: 900, 2100
  • Pemindahan data : UMTS & HSDPA 3.6 Mbps
  • Dimensi : 125.3 x 66.1 x 9.45
  • Berat : 135 gram
  • Paparan : Super Clear LCD, 480 x 800 piksel, 4.20 inci, 16M colors, Multi-touch, Light sensor, Proximity Sensor, Scratch-resistant glass
  • Sistem Operasi : Android Gingerbread (2.3)
  • Pemproses : Dual core, Tegra 2 Cortex-A9, 1 GHz
  • Memori : 1024 MB RAM / 2048 MB ROM
  • Memori dalaman : 8 GB, microSD berkeupayaan sehingga 32 GB
  • Kamera : 5 MP, LED Flash, Auto focus, Smile detection, Panorama
  • Rakaman Video : Resolusi 1280×720 (720p HD)
  • Multimedia : Pemain Muzik – Format: MP3, AAC, AAC+, eAAC+
  • Pemain Video : Format: MPEG4, H.263, H.264, DivX
  • Radio FM 
  • Browser : Support HTML, Flash
  • Messaging : SMS, MMS, Google Talk, Email (IMAP, POP3, SMTP, Microsoft Exchange)
  • Sambungan : Bluetooth 3.0 + EDR, Wifi (802.11b, 802.11g, 802.11n), microUSB 2.0,Audio jack 3.5 mm, DLNA
  • Lain-lain : SNS Integration (Facebook, Picasa, Twitter), GPS, Phonebook, Calendar, Alarm, document viewer (Office 2007, Office 2003, PDF, dan lain-lain), Stopwatch, Countdown timer, Memo, Accelerometer, Gyroscope, Kompas, Pencarian Google
  • Bateri : Li-on 1650 mAh, Masa Bercakap 4 jam, Masa Menunggu sehingga 620 jam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan