Jumaat, 19 Ogos 2011

Media Sosial dan Skype Dalam PlayStation Vita




Sebahagian daripada sidang media Sony Computer Entertainment Gamescom di Jerman baru-baru ini, syarikat Sony juga telah mengumumkan bahawa beberapa aplikasi media sosial yang akan turut dikeluarkan tidak lama lagi untuk peranti permainan telapak tangan Playstation Vita. Aplikasi yang diperkatakan ini adalah Facebook, Foursquare dan Twitter juga tidak ketinggalan aplikasi Skype di mana ia boleh dimuat turun melalui PlayStation Store.

Dengan elemen-elemen media sosial yang begitu banyak sedang diintegrasikan ke dalam peranti ini, ia adalah sangat jelas bahawa PlayStation Vita meletakkan dirinya sebagai lebih daripada sekadar peranti permainan mudah alih. Dengan penambahan Skype ke dalam peranti ini, kini ia mempunyai keupayaan untuk menjadi alat komunikasi juga.

Buat masa ini kita sudah pastinya akan tertanya-tanya sama ada Sony mempunyai rancangan untuk benar-benar memasukan pendail telefon terus ke dalam Vita. Perkara ini sudah pastinya memang tidak mustahil untuk dilalukan kerana peranti ini juga telah mempunyai variasi 3G. Walaupun perkara ini sememangnya sedikit lari dari tujuan sebenar mempunyai Skype tetapi apa salahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan