Khamis, 18 Ogos 2011

Eropah Menerima PSP Baru - E-1000




Kehadiran PlayStation Vita pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan sudah pasti akan memberikan kesan secara langsung terhadap pengeluaran kepada generasi semasa Playstation Portable (PSP). Tetapi perkara ini tidak akan berlaku di Eropah, ini kerana model PSP yang terbaru yang dibuat secara eksklusif akan berada di pasaran Eropah.

Diumumkan pada sidang media di Eropah, Sony Computer Entertainment Gamescom, PSP E-1000 baru ini didatangi dengan harga runcit yang lebih rendah iaitu RM 425 (EUR 99) yang mana ia tidak dilengkapi dengan penyambungan WiFi. Walau bagaimanapun mereka berkata, ia masih mampu untuk mengakses PlayStation Store melalui perisian Media Go. Mereka juga memberikan diskaun kepada beberapa permainan dalam format UMD seperti Invizimals: The Lost tribe, EyePet Adventures dan FIFA 12 yang juga akan dikeluarkan bersama-sama model baru ini di bawah siri "PSP Essentials" dan akan dijual pada harga RM 43 (EUR 9.99).

PSP E-1000 yang baru ini dijangka boleh didapati di seluruh rantau ini pada musim luruh ini nanti. Tiada pengumuman yang sama telah dibuat bagi rantau lain namun, tek-no-logi.blogspot.com pasti akan memberikan maklumat terkini kepada anda. Tunggu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan