Jumaat, 5 Ogos 2011

NOKIA N9 : Akan Berada Di Malaysia Tidak Lama Lagi




Nokia siapa yang tidak kenal akan nama ini iaitu pengeluar telefon bimbit yang paling laris dan terkenal di Malaysia ini. Kali ini saya ingin menceritakan berkenaan telefon pintar Nokia yang baru iaitu MeeGo yang juga di kenali sebagai Nokia N9-00, Nokia N9 Lankku. Nokia Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan mengeluarkan telefon terbaru mereka ini dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang. Walau bagaimanapun tarikh sebenar pelancaran telefon pintar terbaru mereka ini masih dirahsiakan
Satu lagi perkara adalah kita masih tidak lagi mendapat sebarang maklumat berkenaan dengan harga bagi telefon pintar ini. Kepada peminat telefon Nokia jangan risau kerana saya difahamkan harganya akan menjadi lebih rendah dari harga yang telah diberitahu kepada kita pada Jun sebelum ini. Selain itu, Nokia juga telah mengesahkan bahawa mereka telah bercakap dengan pembekal syarikat telekomunikasi bagi membuat persediaan untuk pelancarannya nanti.

Antara perisian yang ada dalam Nokia N9 adalah Vimeo, Twitter, Skype, Facebook, Wi-Fi Hotspot, Angry Birds Magic, Foursquare, AP Mobile, AccuWeather dan banyak lagi.

Spesifikasi : -
Berat  : 135g
Paparan : AMOLED 16 Juta warna
Storan : 16/64 GB
RAM : 1MB
Kamera : 8MP ; Dua LED Flash
Video : 720p
Sistem Operasi : MeeGo OS, v1.2 Harmattan
CPU : 1GHz Cortex A8 CPU, PowerVR SGX530 GPU, TI OMAP 3630 chipset

Tiada ulasan:

Catat Ulasan