Isnin, 8 Ogos 2011

PlayStation Vita: Pasaran Jepun pada 2011, Eropah and AS pada 2012




Musim perayaan adalah antara musim yang selalunya para perniaga akan mengambil kesempatan. Perkara ini juga tidak asing juga bagi pasaran di Eropah dan Amerika Syarikat di mana setiap kali musim Krismas adalah masa yang paling sesuai untuk mendapatkan pendapatan yang paling lumayan dengan melepaskan produk terbaru. Tetapi tidak pada musim untuk kali ini di mana menurut Naib Presiden Eksekutif Sony Corp, Kazuo Hirai. Produk Sony PlayStation Vita yang terbaru keluran mereka berkemungkinan hanya boleh di dapati di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat pada awal tahun 2012.

Walau bagaimanapun, pasaran di Jepun bagi peranti Vita ini akan dikeluarkan menjelang akhir tahun ini. Menurut Hirai, beliau tidak melabelkan perkara ini sebagai kelewatan tetapi beliau menyatakan bahawa mereka mahu melepaskan peranti Vita ini di pasaran dengan kandungan yang cukup padat.

Pada masa yang sama, Hirai juga telah mengesahkan bahawa akan ada perubahan pada harga Vita tersebut di mana ia agak bertentangan dengan apa yang Nintendo lakukan kepada peranti 3ds mereka baru-baru ini. Versi Wi-Fi PlayStation Vita akan dijual pada harga RM 749(USD 249) di Amerika Syarikat dan RM 957(JPY 24980) di Jepun manakala versi 3G akan dijual pada harga RM 899(USD 299) dan RM 1148(Edo 29.980 ) masing-masing.

Sekarang ini anda mungkin tertanya-tanya bagaimana pula dengan keluarannya di Malaysia. Apa yang boleh diperkatakan adalah tiada sebarang maklumat lagi berkenaan pengeluarannya di Malaysia. Jadi, bagi peminat permainan PSP sebelum ini sudah tentu akan teruja dengan PSVita ini pula. Harap anda semua dapat sabar menunggu dan Tek-no-logi@blogspot akan sentiasa memberikan maklumat terkini sekiranya peranti ini telah berada di pasaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan