Khamis, 4 Ogos 2011

Vinci Tab, Tablet Android Untuk Kanak-Kanak


 
Ibu bapa tentu berasa seram apabila melihat anak mereka yang berusia lewat dua tahun sedang bermain dengan ipad mereka. Tersilap langkah sudah pastinya tablet anda akan jatuh ke lantai dan anak kecil anda pasti akan lari untuk menyelamatkan diri dari dimarahi oleh anda. Oleh kerana perkara ini mungkin terjadi kepada anda maka Tab Vinci telah dicipta. Sebuah tablet untuk anak-anak anda.

Tab Vinci i...ni direka khas supaya tiadanya penyalahgunaan oleh anak-anak anda. Ia direka dengan kaca keras yang serupa dengan tingkap kereta anda. Mempunyai tepi yang lembut sesuai untuk dipegang, jatuh atau dikunyah. Peranti ini juga tidak mempunyai WiFi atau 3G jadi anda tidak perlu risau kerana sudah tentu anak-anak anda tidak akan berupaya memasuki laman web atau membuat perkara yang tidak diingini.

Ia boleh dikatakan mempunyai perkakasan yang agak bijak di mana mempunyai CPU ARM 1GHz Cortex A8 , 512 MB RAM, 7-inci 800x480 paparan skrin sentuh dan menggunakan sistem Android 2.3. Ia juga mempunyai kamera dan mikrofon yang boleh digunakan untuk rakaman.

1 ulasan:

  1. boleh dapatkan harga Vinci tab ni..dan di mana boleh dapatkan barang ini.

    BalasPadam