Selasa, 16 Ogos 2011

Motorola Mengumumkan Pelancaran Defy+ Pada Musum Luruh Ini




Walaupun tumpuan mungkin lebih fokus ke arah Google yang baru sahaja menjadi pemilik kepada Motorola Mobility semalam tetapi bagi membuktikan yang mereka masih lagi bernyawa Motorola telah mengambil langkah dengan mengumumkan peranti telefon pintar yang terbaru mereka yang mana DEFY yang akan digantikan dengan DEFY+. Seperti Model asal DEFY yang dikeluarkan ke pasaran pada tahun lepas, Model Defy+ ini masih mengekalkan tanda sirinya iaitu IP67 dan telah diperakui reka bentuknya yang dibuat kalis air, kalis calar dan kalis habuk.

Menggunakan sistem operasi Android 2.3, telefon pintar baru ini di perkuasakan lagi dengan pemproses instrumen tunggal 1GHz Texas OMAP yang jauh lebih berkuasa. Ia juga dilengkapi dengan 2GB storan dalaman serta bateri 1700mAH yang menjanjikan 7.1 jam masa bercakap dan 16 hari masa bersedia. Spesifikasi teknikal lain secara umumnya masih sama dengan Model DEFY yang asal seperti 3.7-inci paparan sentuh kaca Corning Gorilla yang kalis calar dan kamera 5-megapixel.

Tiada penentuan harga rasmi telah diumumkan untuk Motorola baru DEFY+ setakat ini tetapi Motorola telah menyatakan bahawa telefon pintar ini boleh didapati di Asia, Eropah dan Amerika Latin bermula dari awal musim luruh. Untuk maklumat lanjut, lihat laman sesawang rasmi Motorola Mobility di www.motorola.com /mobility.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan