Khamis, 18 Ogos 2011

PS3 : Penurunan Harga Yang Sungguh Menarik



Selepas pengumuman oleh Gamescom berkenaan dengan PSP kini terdapat satu lagi berita baik untuk kita di Malaysia. Berita baik dari Sony ini tidak disangka-sangka akan dapat dengan begitu cepat tetapi inilah hakikatnya dimana bermula dari 22 Ogos ini Playstation3 di Malaysia akan diturunkan harganya dari RM 1029.00.

Tag harga RM 1029 akan terpakai bagi model konsol 160GB yang kini dijual pada harga RM 1199 manakala model 320GB juga akan dikurangkan kepada RM 1079 dari RM 1299. Dengan hanya perbezaan RM 50 di antara kedua-dua model, kita perlu mengakui bahawa tanda harga baru untuk 320GB kelihatan benar-benar menarik.

Oleh itu, jika anda sedang melihat-lihat harga di pasaran untuk PlayStation 3 untuk memilikinya, harap anda dapat bersabar terlebih dahulu dan tunggu sehingga 22 Ogos untuk datang beramai-ramai sebelum membuat pembelian anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan