Sabtu, 27 Ogos 2011

STEELSERIES Sensei Membawa Tetikusnya Untuk Ke Peringkat Seterusnya




Mereka mendakwa menjadi tetikus yang boleh diubahsuai di dunia, STEELSERIES baru-baru ini telah mengumumkan tetikus permainan mereka yang terbaru yang dipanggil Sensei di Gamescom di Jerman. Apa yang mereka benar-benar maksudkan adalah penyesuaian yang bukan pada badan fizikal Sensei tetapi adalah konfigurasi teknikalnya. STEELSERIES gelarkan tetapan ini sebagai ExactTech yang merangkumi jarak lif, pecutan kursor, pembetulan laluan dan tahap sensitiviti. Pengguna juga boleh mengakses pilihan penyesuaian melalui perisian STEELSERIES Engine.

Semua pergerakan Sensei dikira dengan pemproses 32-bit ARM yang tertanam dalam tetikus ini dan membolehkan Sensei untuk mencapai sensitiviti sehingga 11.400 IHP (kiraan per inci). Tidak cukup dengan itu, STEELSERIES juga melengkapkan Sensei dengan laser sensor 10.8 megapixel yang membuat kolerasi imej di atas 12,000 bingkai sesaat dan mampu untuk mengendalikan pergerakan sehingga 150-inci per saat.





Selain daripada bentuknya yang esklusif yang sesuai untuk kedua-dua pengguna tangan kiri dan kanan dan salutan logam licin yang tidak lincir, STEELSERIES juga dilengkapi dengan paparan LCD pada sisi yang membolehkan pengguna untuk mengakses tetapan mereka serta keupayaan memaparkan nama mereka sendiri dan logo. Di samping itu, pengguna juga dapat menyesuaikan roda Sensei, penunjuk IHP dan lampu logo dengan 16.8 juta kombinasi warna yang berbeza untuk dipilih.

STEELSERIES Sensei yang baru dijangka boleh didapati di Malaysia dari pertengahan bulan September 2011 dan seterusnya dan dijual pada harga RM 399. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat halaman Facebook rasmi STEELSERIES Malaysia di www.facebook.com/SteelSeriesMalaysia atau STEELSERIES atau anda boleh layari laman sesawang rasmi mereka di www.steelseries.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan