Isnin, 5 September 2011

Samsung Nexus S Kini Dengan Android 2.3.6




Kepada mereka yang memiliki sebuah telefon bimbit Samsung Nexus s, saya tidak tahu sama ada ingin menyatakan ini adalah berita baik kepada anda ataupun tidak. Ini adalah kerana Sistem Operasi yang baru kini telah tersedia untuk anda membuat pengemaskinian. Sistem Operasi Android OTA 2.3.6 ini akan memperbaiki masalah carian suara dan isu-isu lain yang terdapat pada telefon bimbit rasmi Google ini. Walau bagaimanapun, perkara ini dilaporkan bahawa hanya beberapa Nexus S sahaja yang akan menerima kemas kini ini dan akan tersedia untuk yang lain secara berperingkat.

Selain dari itu juga, kemas kini ini juga telah memecahkan keupayaan telefon anda membuat perkongsian internet melalui WiFi dan USB. Bagi saya perkara ini sudah cukup besar walaupun sekadar penetapan kecil seperti carian suara. Oleh itu, kepada anda di luar sana yang memiliki Nexus S sudah tentu akan teruja dengan kemas kini sistem operasi 2.3.6 yang baru ini. Apapun yang anda fikirkan sekarang ini tek-no-logi@blogspot menasihatkan anda supaya menarik nafas anda dahulu dan tunggu sehingga versi yang lebih stabil diumumkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan