Isnin, 26 September 2011

Apple iPad 2 Versi 3G Telah Tiba di China




Adakah perkara seperti ini boleh terjadi di Malaysia? sukar untuk diterima apabila kita dapat lihat sendiri  reputasi Apple yang menjadi gilaan ramai tetapi perkara ini sebalinya di China kerana apa yang berlaku adalah tiada siapa yang mengambil berat tentang pengeluaran iPad 2 versi 3G di negara mereka. Perkara ini adalah jauh berbezanya dengan negara kita jika dibandingkan, seperti mana yang boleh kita dapat lihat yang berlaku di Machines Mid Valley. Kesesakan yang berlaku sejak awal pagi dan ada di antara peminat yang sanggup tunggu di luar kedai pada malam sebelumnya semata-mata untuk menjadi rakyat malaysia yang pertama yang menggunakan iPad 2.



Sudah tentu, terdapat banyak teori tentang apa yang sebenarnya membawa kepada perkara ini sehingga tiada sambutan terhadap produk Apple yang ingin dimikili ramai. Perkara pertama, iPad 2 sudah berada di pasaran China semasa pelancarannya yang telah menjadi kegilaan bagi ramai rakyatnya sejak beberapa bulan lalu walaupun hanya sebagai edisi  Wi-Fi sahaja. Kedua, harga yang agak tinggi iaitu pada harga RM 2329 (RMB 4688) bagi unit 16GB manakala pengguna dari segi teknikal boleh mendapatkan hanya RM 1992 (HKD 4888) di Hong Kong. Perkara yang terakhir yang mungkin kita boleh masukan sebagai satu lagi faktor adalah sudah tentu pengguna lebih cenderung untuk menantikan iPhone 5 berbanding iPad 2 buat masa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan