Selasa, 20 September 2011

U Mobile Kini Menawarkan Samsung Galaxy S II Serendah RM 849



Saya percaya ramai di antara kita telahpun sedia maklum bahawa telah lebih dari 3 syarikat telekomunikasi utama yang menawarkan telefon pintar Samsung Galaxy S II. Jadi buat masa ini Samsung telah mengorak langkah lagi apabila kini satu lagi syarikat yang akan menawarkan telefon mereka ini. Syarikat yang dimaksudkan adalah U Mobile yang  akan menawarkan telefon tersebut kepada pelanggan mereka. Apa yang menariknya adalah syarikat ini akan menawarkan telefon tersebut yang bernilai serendah RM849. Sungguh menarik bukan?

Anda boleh melawat kedai U Mobile atau ke laman sesawang mereka untuk mendapatkan maklymat lanjut. Sedikit info berkenaan telefon yang ditawarkan ini adalah ia harus terikat kepada U Premium pelan pasca bayar 24 bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan