Jumaat, 9 September 2011

Seagate Melancarkan Pemacu Luaran 4TB GoFlex Desk




Perkara seperti ini pastinya akan mendaji produk pertama seumpamanya di dunia, Seagate telah mengumumkan secara rasminya berkenaan produk terbaru mereka iaitu pemacu keras luaran GoFlex Desk yang menawarkan 4TB ruang penyimpanan. Dilengkapi dengan USB port 3.0, syarikat itu tidak mendedahkan bagaimana mereka dapat mencapai jumlah ruang penyimpanan dalam faktor bentuk 3.5 inci tetapi kita percaya bahawa mereka menggunakan empat kepingan pinggan 1TB.

Pemacu ini juga datang dengan standard asas yang dilengkapi dengan lampu yang menunjukkan jumlah ruang yang masih ada dalam pemacu serta perisian pengurusan Seagate Dashboard yang menyediakan pemacu dengan membuat salinan(backup),enkripsi dan sistem statistik pemacu. Pada masa yang sama, Seagate juga telah mengumumkan bahawa  GoFlex Desk untuk Mac yang mempunyai kedua-dua FireWire800 dan port USB 2.0 akan tersedia menjelang akhir bulan ini.

Pemacu luaran Seagate GoFlex Desk 4TB yang baru ini hanya boleh didapati di laman sesawang rasmi mereka iaitu www.seagate.com buat masa ini dan akan lebih meluas tidak lama lagi dengan tag harga RM 746 (USD 249,99).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan