Isnin, 22 Ogos 2011

Promosi Jualan "Gila-Gila' Canon 2011




Hanya untuk masa sambutan Hari Raya yang akan datang, Canon Malaysia membuat Jualan Promosi "Gila-Gila" yang akan kembali lagi dalam beberapa hari sahaja lagi untuk tahun ini selepas kejayaannya pada tahun lepas. Bermula tahun ini dan seterusnya, Canon telah membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai acara tahunan dan akan diadakan di semua Penjual Rasmi Canon serta kedai-kedai konsep Canon di seluruh negara.

Dengan diskaun sehingga 30 peratus, promosi ini terpakai untuk kamera Canon yang terpilih termasuk model tahun 2011 seperti model IXUS 115HS, 220HS dan 310HS. Model semi-pro dan DSLR seperti PowerShot G12, EOS 1100D, EOS 550D dan EOS 600D bersama-sama dengan kamkoder Legria dan pencetak foto SELPHY juga akan dijual dengan harga yang lebih rendah sepanjang tempoh promosi.

Jualan Canon "Gila-Gila" akan bermula pada 27 Ogos sehingga 27 September 2011. Jadi, jika anda sedang berfikir-fikir untuk memiliki sebuah kamera Canon di musim perayaan ini, anda mungkin ingin melihat laman sesawang rasmi Canon Malaysia di www.canon.com.my untuk mengetahui promosi ini dengan lebih lanjut.

1 ulasan:

  1. Maaf mau Numpang promosi
    Kami merupakan toko online dengan nama R.A.P store
    Produk yang kami jual adalah Produk fashion asli buatan Indonesia
    Sepert Sepatu dan sandal pria/wanita, Tas pesta dan tas batik,kaos ,kemeja serta jaket batik.
    Untuk info lebih lanjut silahkan untuk mengunjungi situs kami
    www.sepatuindonesia.net

    BalasPadam