Khamis, 4 Ogos 2011

Generasi GeForce GPU seterusnya dijangka disiaran mengikut jadual kata NVIDIA




Hampir setahun yang lalu, NVIDIA telah mendedahkan untuk menyiaran Generasi GPU mereka yang seterusnya yang mana penampilan secara rasmi pengganti kepada teras Fermi 2009, Kepler. Awal minggu ini, NVIDIA mengulangi komitmen mereka untuk RoadMap mereka dan berjanji bahawa Kepler sesungguhnya akan tersedia menjelang akhir tahun ini.

Teras baru ini dikatakan menawarkan kira-kira tiga kali lebih banyak kuasa pengkomputeran berbanding Fermi dan dijangka menjadi teras kepada produk pengguna GeForce siri-600. Walau bagaimanapun, NVIDIA masih lagi tidak mendedahkan tarikh keluaran yang tepat. Oleh itu, ada kemungkinan bahawa kad grafik sebenar yang berdasarkan pada Kepler ini hanya akan disediakan pada tahun 2012 walaupun NVIDIA berjaya untuk melepaskan GPU pada tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan