Isnin, 15 Ogos 2011

Firefox 6 Dikeluarkan Lebih Awal, Dapatkan Versi Rasmi Pada 16 Ogos




Nampaknya sekarang ini seperti kelihatan si musang yang dalam diam-diam sudah bersedia untuk membuat kemunculan sulung di seluruh dunia beberapa hari lebih awal. Dalam fesyen tipikal Mozilla, Firefox 6 yang telah terbina dengan lengkap kini secara tidak rasminya telah disediakan untuk dimuat turun oleh anda, tiga hari lebih awal daripada jadual. Jika anda sedang mencari perubahan utama kepada edisi desktop ini, anda tidak akan menemuinya di sini - kebanyakan ciri-ciri baru tidak kosmetik. Mungkin yang paling jelas kelihatan adalah anda akan lihat nama domain halaman yang anda berada ditonjolkan dalam bar alamat. Pada pelantar Android pula, versi 6 memberikan satu janji yang lebih besar, seperti "gaya visual yang terbaru dalam Chrome Gingerbread," skala imej yang dipertingkatkan, dan mungkin yang paling penting, "lebih cepat dan menggunakan memori yang kurang." Jika anda tidak sabar untuk menunggu versi penuh, anda boleh cuba memuat turun versi pra-pelepasan dari laman sesawang Mozilla ini. Selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan