Jumaat, 12 Ogos 2011

Ucapan Selamat Tinggal Kepada Dell Streak 5




Mungkin ramai yang tidak mengetahui berkenaan produk Dell Steak 5 ini. Sesuatu yang mungkin jarang di dengar oleh kita semua berkenaan produk dell yang mempunyai skrin 5 inci ini dan juga mungkin ia kurang menambat hati ramai. Salah satu faktor mungkin adalah di sebabkan oleh peranti ini menggunakan OS Donut yang agak kuno dan lama.

Sesuatu yang tidak mengejutkan kita jika Dell memutuskan untuk meletakkan telefon/tablet/miniphonetablet dalam satu peranti dan sudah pastinya mempunyai fesyen yang terkini. Walau bagaimanapun, Dell Steak 5 ini tidak akan ada lagi untuk pembelian dan telah tergelincir dalam status akhir hayatnya.

Tetapi apa yang pastinya tidak akan ada kekurangan kepada alternatif Streak ini apabila dikeluarkan nanti bagi kedua-duanya iaitu telefon dan tablet. Jadi ucapan selamat tinggal kepada Streak 5, ianya pasti tidak akan dirindui tetapi akan dikenang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan