Rabu, 10 Ogos 2011

Penyeragaman Cermin Mata 3D




Saya rasa berita besar dari Panasonic, Samsung dan Sony ini pastinya akan mengembirakan kita ini kerana mereka akan bekerjasama untuk menghentikan trend yang sekarang ini di mana kita dipaksa untuk membeli cermin mata 3D yang agak mahal bagi menyaksikan filem menerusi TV3D kita. Berita baik bukan, cuma adakah penyeragaman ini akan benar-benar berlaku. Kita tunggu dan lihat gelas Xpand yang di seragamkan ini mulai tahun depan.

Walaupun ia mungkin cubaan pada penyeragaman cermin mata ini tetapi ia satu perkara yang baik untuk kita sebagai pengguna. Sekarang ini mungkin anda juga akan tertanya-tanya adalah teknologi gelas Xpad sebagai satu standard untuk TV sahaja sebenarnya anda silap. Ini kerana standard cermin mana yang akan dikeluarkan ini akan menyokong untuk semua jenis pelantar yang menggunakan 3D termasuk komputer mahupun projektor.

Anda sebenarnya sudahpun boleh membeli cermin mata 3D universal dari Xpad ini, tetapi pengeluar nampaknya akan menambah lagi ciri penerima IR baru untuk set mereka bagi menjadikan ia lebih serasi.

Pembangunan gelas untuk cermin di bawah inisiatif ini hanya akan bermula pada September ini, jadi jangan anda bergitu mengharapkan untuk melihat mereka di pasaran sehingga tahun depan tetapi sekurang-kurangnya cermin mata ini akan boleh digunakan untuk semua jenama TV3D bagi Sony, Samsung dan juga Panasonic bermula tahun 2011 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan