Jumaat, 19 Ogos 2011

Teknologi : Tempoh 3-6-9 Bulan Dari Sekarang

Tempoh dalam 3 Bulan dari sekarang











Telefon : Apple iPhone 5
Telah banyak khabar angin yang kita dengar pada kebelakangan ini berkenaan pelancaran iPhone 5. Justeru itu, anda di nasihati untuk menunggu sedikit masa sahaja lagi untuk Phone ini berada di pasaran. Dikatakan akan menpunyai lebih dari 200 ciri-ciri terbaru, integrasi Twitter bagi meningkat upaya lagi keupayaan pelayar Safari. Pelancaran dijangka pada musim luruh ini. Kita tunggu dan lihat














Game : Dead Rising 2 : Off The Record
Edisi khas bagi siri memusnahkan zombie, yang mana pada kali ini memberikan pemain Playstation bermain sebagai seorang wartawan foto(Frank West). Capcom menjanjikan bahawa permainan ini akan lebih sukar dan penambahan senjata baru.


Tempoh dalam 6 Bulan dari sekarang














Telefon : Samsung dua teras(dual core) 2GHz
Bercakap pasal telefon dari korea pula mereka menyatakan hasrat untuk mengeluarkan telefon yang lebih canggih iaitu telefon yang mempunyai dua teras berkelajuan 2GHz pada tahun hadapan. Perkara ini adalah bersamaan dengan kelajuan sebuah netbook. Apa pon perlumbaan masih diteruskan...

Game : I Am Alive
Kelewatan yang agak lama untuk permainan yang digembar-gemburkan oleh ubisoft ini yang menceritakan tentang kehidupan selepas gempa bumi besar-besaran di Chicago yang sepatutnya dikeluarkan pada lewat pada tahun 2011. Misi anda adalah untuk mempertahankan dari dari dirompak, mencari air dan terus hidup. Lebih mudah didengar dari dimainkan bukan?

Tempoh dalam 9 Bulan dari sekarang  














Filem : Titanic 3D
April 2012 menandakan ulang tahun ke-100 pelayaran malang Titanic. Sekarang ini adalah satu peluang yang sempurna untuk membuat semula filem yang meletus pada tahun 1997 yang dilakonkan oleh leo dan kate dalam bentuk 3D. Adakah James Cameron menetapkan rekod untuk memecah bajet baru? 

Game : GTA V
Rockstar telah menyibukkan dirinya untuk beberapa tahun kebelakangan ini bagi permainan siri francais dunia terbukanya. Walaupun begitu mereka nampaknya masih tidak lagi melupakan permainan jenayah simulasi kegemaran semua orang kini telah kembali untuk siri kelimanya. Dijadualkan untuk keluaran pada awal 2012.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan