Jumaat, 12 Ogos 2011

Komputer Riba Terbaru LG : LG P220




Sukar untuk kita melihat teknologi skrin IPS(In-Plane Switching) pada sebuah komputer riba, tetapi perkara ini tidak semestinya tidak akan berlaku kerana LG telahpun menetapkan bahawa produk terbaru mereka iaitu LG P220 akan menggunakan skrin IPS ini.
Komputer riba ini menggunakan pemproses Intel Core i5 dengan menggunakan skrin IPS 12.5 inci dan mendakwa bahawa ia boleh menyampaikan kualiti gambar yang konsisten tanpa ada herotan warna dari mana-mana sudut pandangan 178 darjah. P220 ini mempunyai spesifikasi badan yang padat iaitu 11.6 inci dan mempunyai bezel tipis bagi membolehkan untuk LG mempamerkan skrin 12.5 inci.
Resolusi 1366 pixels kali 768 pixels dan skrin yang dikuasai oleh cip grafik Intel HD 3000. Ia didatangkan dalam tiga warna : mutiara putih, mutiara merah jambu dan mutiara biru.
Spesifikasi perkakasan lain termasuk generasi kedua Core Intel  i5 atau pemproses i3, 2GB atau 4GB memori dalaman dan pemacu cakera keras 250GB atau 320GB. Sistem operasi yang standard adalah versi 64-bit Windows 7 Home Premium.

Menurut LG kapasiti bateri yang disediakan membolehkannya untuk melihat tiga filem panjang secara berterusan tanpa henti setelah di caj penuh. Walau bagaimanapun pihak LG tidak pula menyatakan  masa bagi setiap filem tersebut.
Bagi seseorang pereka grafik dan juga jurugambar mungkin komputer riba ini boleh menjadi salah satu barang untuk mereka pertimbangkan untuk di beli.
Syarikat ini menyatakan komputer riba LG P220 akan tersedia di Korea Selatan pada bulan ini dan di Eropah tidak lama selepas itu. Harga dan maklumat mengenai keluarannya di bahagian-bahagian lain di dunia masih lagi tidak di ketahui.

Untuk maklumat lanjut mengenai P220 LG sila layari www.lg.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan