Selasa, 23 Ogos 2011

Razer Memperkenalkan "Headset" Dengar Siri Baru Tiamat




Walaupun ini bukan model yang pertama “headset” 7.1 mereka dan kita telah melihat nama Megalodon pada tahun 2009 kini Razer Tiamat 7.1 baru yang menggunakan pendekatan bunyi sekeliling yang tidak jauh bezanya dengan produk-produk mereka sebelum ini. Dikatakan alat “headset” permainan(gaming) yang pertama di dunia menggunakan sistem bunyi sekeliling(Surround sound) 7.1, Tiamat 7.1 ini akan memberikan anda pengalaman baru iaitu dengan memberikan bunyi dihantar melalui lima pemandu audio pada setiap bahagian alat dengar yang mempunyai kedudukan yang  unik untuk masing-masing dapat sesuaikan dengan saluran bunyi keliling(surround) dan subwoofer .

Setiap Megalodon, Tiamat 7.1 beru ini juga datang dengan satu pengawal khusus yang membolehkan pengguna untuk menukar konfigurasi pada setiap saluran serta untuk bertukar-tukar daripada sistem keliling (surround)7.1 ke mod stereo 2.0 atau speaker luar, memandangkan ia berhubung dengan konsol Tiamat ini. Di samping itu, headset ini juga dilengkapi dengan kusyen sesentuh telinga yang diperbuat daripada kulit yang boleh ditukar ganti, saling tukar penutup telinga dan mikrofon bunyi satu arah.



“Headset” Razer Tiamat ini juga datang dengan model 2.2 yang juga mengikuti konsep kedudukan pemandu yang sama dengan abangnya bunyi keliling 7.1, tetapi dengan hanya dua driver audio di sebelah setiap alat dengar. Kedua-dua “headset” ini dijangka boleh didapati di pasaran dalam suku tahun ini dan akan dijual pada harga RM 534 (USD 179.99) untuk Tiamat 7.1 serta RM 297 (USD 99.99) untuk Tiamat 2.2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan