Khamis, 11 Ogos 2011

PS3 : Tingkat Upaya Sistem Anda Ke Versi 3.70




Proses penyimpanan permainan PS3 anda dengan menggunakan sistem awan(cloud) masih tidak mencukupi bukan? Kini Sony telah mengorak langkah dengan satu lagi sistem terbaru mereka iaitu sistem automatik bagi pelanggan PlayStation Plus mereka. Dengan menaik taraf ke versi yang terbaru iaitu ke perisian 3.70 menawarkan pilihan selaraskan semula (sync) secara automatik untuk trofi dan aktiviti permainan yang telah anda simpan dan ia membolehkan anda aksesnya semula di mana jua anda berada. Tawaran ini hanya untuk ahli-ahli ekseklusif mereka sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cirri-ciri tambahan bagi pengguna tidak berbayar iaitu fungsi untuk mengesyorkan barang-barang yang berada dalam kedai PlayStation (PlayStation Store) dan yang terbaru adalah perkhidmatan video/TV (TV/Video Services) bagi kategori XMB untuk NetFlix, Hulu PLUS dan aplikasi VUDU. Sony juga menambah beberapa tweak 3D, keserasian format MPO pada gambar dan sokongan ciri-ciri istemewa berasaskan JAVA dan DTS-HD MA dan DTS-HD HR bagi pengeluar bunyi untuk memainkan filem 3D Bluray. Tarikh rasmi untuk keluaran perisian terbaru ini masih belum diumumkan lagi oleh pihak Sony walau bagaimanapun ia pasti akan berada di konsol rumah anda tidak lama lagi. Jadi harap bersabar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan