Malaysia mungkin belum menerima Sony Ericsson Xperia Neo yang dilancarkan pada Kongres Mudah Alih Dunia di Barcelona pada awal tahun ini tetapi cuba anda teka apa penggantinya - Xperia Neo V - telah pun diumumkan secara rasminya pada awal minggu ini. Sekilas lalu, Neo V baru tidak kelihatan sama dengan Neo asal; pada hakikatnya, ia berkongsi beberapa perkakasan seperti pemprosesan 1GHz Qualcomm Snapdragon MSM8255 dan 3.2 inci Paparan Realiti dengan enjin Mobile Bravia.
Walau bagaimanapun, Neo V dilengkapi dengan kamera utama 5-megapixel yang tidak dilengkapi dengan sensor Sony Exmor R berbeza dengan Neo asal yang mempunyai kamera 8-megapixel. Penentuan harga masih belum lagi diumumkan tetapi Sony Ericsson telah berkata bahawa Neo V akan menuju kepada pasaran terpilih di seluruh dunia pada Oktober 2011.
Selain daripada peranti baru Sony Ericsson ini mereka juga telah mengumumkan versi tingkat upaya Android 2.3.4 - datang sekali dengan Xperia Neo V - yang akan dilaksanakan bermula Oktober ini untuk semua peranti Xperia 2011. Peningkatan upaya yang baru ini akan membawa sekali beberapa ciri baru dan penambahbaikan kepada sistem operasi seperti Google Talk dengan Chat Video untuk peranti Xperia dengan kamera menghadap-hadapan, keupayaan panorama Sony 3D Sweep, Facebook di dalam Xperia 2.0, sokongan untuk peranti USB melalui Sony Ericsson LiveDock, sistem swipe untuk imput teks dan penangkapan skrin.

Seperti biasa, pengguna Xperia akan dapat untuk mengemaskinikan peranti mereka melalui PC atau melalui 3G dan WiFi apabila kemas kini secara rasmi boleh dimuat turun nanti. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sony Ericsson Xperia Neo V dan Android yang akan datang iaitu 2.3.4 bagi peranti Xperia, sila layari laman sesawang rasmi Sony Ericsson di www.sonyericsson.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan