Selasa, 9 Ogos 2011

iWindows : Tukarkan iPhone Anda Kepada Windows 7




Saya sendiri tidak terfikir sama ada inginkan Sistem Operasi Windows 7 berada di Apple iPhone saya atau tidak tetapi bila bercerita berkenaan dengan teknologi apa-apapun boleh menjadi pasti. Kini anda boleh mendapatkan satu aplikasi yang benar-benar membolehkan anda menggunakan Windows 7 pada iPhone anda. Aplikasi ini di namakan sebagai iWindows yang sebenarnya bukanlah satu sistem operasi Windows 7 yang sebenar sebaliknya ia hanyalah simulator yang meniru sistem operasi tersebut. Sistem aplikasi ini di lengkapi dengan fungsi pelayar internet Goofle Chrome dan teks editor.

Walau bagainamapun, aplikasi yang dibangunkan ini mempunyai keupayaan yang agak terhad dan anda pastinya akan lebih menggunakan sistem iPhone anda dan menggunakan iWindows sebagai satu aplikasi yang menghiburkan diri anda sahaja. Namun begitu aplikasi yang diceritakan ini hanya untuk peranti yang telah di “jailbreak” sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan