Sudah tiba masanya untuk mereka yang telah berkecimpung dalam aliran fotografi ini mengeluarkan kesemula jurus-jurus kreativiti anda dengan Canon PhotoMarathon Tahunan Malaysia 2011, 9 tahun berturut-turut. Apa yang boleh anda menangi pada tahun ini sebagai hadiah utama iaitu perjalanan ke Tasmania, Australia dengan kesemua perbelanjaan ditanggung dan wang tunai berjumlah RM10,000.00. Jika anda bukan jurukamera bertuah pada kali ini jangan bimbang kerana mungkin anda boleh membawa pulang beberapa hadiah saguhati yang lain dan mungkin gambar anda akan terpilih untuk dipamerkan di ruang legar Pavillion dari 19 September hingga 23 September ini.
Apa yang menariknya untuk PhotoMarathons ini seperti mana sebelum-belumnya di mana peserta benar-benar diuji di mana tema hanya akan diberikan pada hari tersebut dan anda diberi masa sepanjang hari untuk mencipta karya fotogragi anda. Tema yang diberikan pada masa tertentu ini pada hari tersebut adalah bagi menambah cabaran kepada peserta untuk menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan.
PhotoMarathons ini juga adalah kerjasama antara Canon Marketing (Malaysia) dengan Yayasan Penyelidikan Kanser Payudara yang mana semua hasil dari yuran pendaftaran akan disumbangkan ke arah menyokong penyelidikan dan program kesedaran mereka. Oleh itu, bagi pendaftaran yang dilakukan dalam talian di http://www.canon-asia.com/photomarathon/my/register.jsp akan dikenakan bayaran sebanyak RM20 setiap peserta dan RM25 untuk mereka yang berdaftar pada hari tersebut. Bagi memastikan anda mendapat tempat untuk acara yang menarik ini adalah seelok-eloknya anda membuat pendaftaran sebelum 19 September ini.
Berikut disertakan beberapa butiran bagi yang berminat untuk menyertainya :
Tarikh : Sabtu, 15 Oktober 2011
Tempat : Pintu Utama Bukit Bintang, Pavilion Kuala Lumpur
Masa : 0800 - 2100 (ambil perhatian bahawa jadual perjalanan akhir akan dikeluarkan kepada semua peserta yang berdaftar yang akan dimaklumkan kemudian)
Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang Canons di sini http://www.canon-asia.com/photomarathon

Tiada ulasan:
Catat Ulasan