Rabu, 7 September 2011

Acer Liquid Mini Edisi Ferrari




Acer mengeluarkan Telefon Edisi Ferari. Adakah ia akan mendapat sambuat ramai? Saya sendiri kurang pasti apa yang mereka cuba lakukan. Jenama Ferrari memang sudah tidak asing lagi bagi kita dan penggunaan jenama ini pada Telefon Pintar Liquid E Android dan pada komputer riba mereka mungkin akan memberikan satu impak kepada pemakainya. Menggunakan lencana di belakangnya seolah-olah menampakan ia bergitu esklusif seperti sebuah kereta yang terpantas dan paling seksi di planet ini. Tetapi malangnya penggayaan merah, lencana, nada dering enjin dan hiasan latar bertemakan lumba dan aplikasi lainnya adalah terlalu jauh untuk dibandingkan dengan gergasi perlumbaan itali ini. Telefon liquid mini Edisi Ferrari ini pada asasnya adalah sama seperti telefon bimbit yang telah kita lihat sebelum ini di mana mempunyai 512 RAM, kamera 3.2 MP dan pemproses 600MHz. Apa yang boleh kita samakan di sini adalah meletakan kereta kancil yang dicat dengan warna merah dan ditampal logo Ferrari di depannya.

Tiada maklumat berkenaan harga untuk masa ini dan kepada peminat Ferrari mungkin telefon ini akan menjadi salah satu dari koleksi anda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan