Jumaat, 9 September 2011

Magma Memberikan Slot PCIe Kepada Mac Anda Menerusi Thunderbolt




Seperti mana yang kita jangkakan iaitu sudah pastinya akan banyak syarikat-syarikat akan mengeluarkan peralatan seperti monitor dan pemacu keras untuk peranti “thunderbolt”. Magma telahpun melakukannya dengan memberikan satu penyelesaian yang bijak untuk meningkatkan keupayaan laptop atau iMac desktop anda. Magma ExpressBox 3T memberikan anda 3 slot PCIe luar untuk digunakan untuk keperluan pemindahan data anda. 2 slot untuk x8 dan satu slot x4 dan perumah perak yang mengandungi bekalan kuasa sendiri berkuasa 220W. Saya tidak memikirkan apakah peranti lain yang boleh digunakan, apa yang dapat saya fikirkan komponen PCIe satunya yang saya tahu adalah kad grafik, SSDs dan sebagainya. Saya rasa ia juga boleh digunakan untuk membawa USB3.0 kepada Mac, tetapi mengapa menggunakan USB3.0 apabila anda berpotensi mendapat pemacu Thunderbolt?

Tiada makluman bilakah ia akan berada di pasaran atau harganya lagi, jadi sila tunggu untuk sedikit masa lagi untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan peralatan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan