Rabu, 7 September 2011

Rakaman Video Dari Ipad 2 Kini Lebih Mudah Dengan Movie Mount





Direka khas untuk membantu pengguna iPad 2 merakam video dengan cara yang lebih profesional, Makayama kini telah mengeluarkan casing khas untuk tablet yang dikenali sebagai Movie Mount. Serasi sepenuhnya dengan Smart Cover rasmi Apple dan ia juga membolehkan pengguna untuk mengenakan beberapa peralatan video kepada iPad seperti kanta penukaran, mikrofon dan lampu.

Dengan menggunakan casing ini pengguna juga dapat menyambungkannya kepada tripod. Reka bentuk casing ini juga sangat sesuai bukan sahaja untuk membuat rakaman video tetapi dengan reka bentuk seperti kickstand yang membolehkan pengguna untuk meletakkan iPad 2 mereka seperti monitor serta menyediakan pengguna dengan satu sudut selesa 9-darjah bekerja untuk membuat video editing dengan lebih mudah. Ia juga datang bersama-sama dengan aplikasi yang memberikan pengguna kawalan manual sepenuhnya ke atas kamera iPad 2 mereka.

Makayama Movie Mount untuk iPad berharga RM209 (USD 69.95) termasuk penghantaran ke mana-mana sahaja di seluruh dunia. Anda juga boleh membuat tempahan di Makayama.com sekarang dan penghantaran bagi kumpulan pertama dijangka akan tiba pada bulan Oktober 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan