Selasa, 6 September 2011

Fujitsu Keluaran Telefon WP7 Mango IS12T Di Jepun




Fujitsu kini telah melepaskan Telefon Windows 7.5(Mango) yang pertamanya yang dikatakan kalis air dan debu pada hari ini di Jepun. Ia digelar dengan nama Telefon Windows IS12T yang mana kedengaran seperti nama mesin faks. WP7 ini bukan sahaja dilengkapi dengan sistem operasi Mango tetapi juga ciri-ciri lain seperti kamera yang agak luar biasa iaitu 13.2MP dan 32GB storan dalaman. Selain itu, IS12T juga mempunyai skrin LCD 3.7 inci dengan resolusi 800x480 serta sokongan DLNA dan ciri-ciri biasa lain yang boleh didapati dalam telefon bimbit moden.


Fujitsu masih belum menetapkan harga tempatan buat masa ini dan juga ketersediaannya buat masa ini. Mudah-mudahan Fujitsu akan meletakkan versi untuk pasaran di Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan