Tetapi apa yang berlaku pada keluaran BB pada kali ini adalah agak berbeza dengan BB sebelumnya. Setelah melihat BB ini, Admin merasakan ada banyak perubahan yang telah dibuat oleh BB dalam menghasilkan telefon pintar keluaran terbaru mereka, mana tidaknya kerana BBZ10 adalah elefon pintar mereka yang pertama tanpa keypad. Walau bagaimanapun, rekabentuk pada kali ini nampaknya lebih eksklusif dan menarik. Admin sendiri tertarik dengan rekabentuknya dan sekali pandang seperti ingin memilikinya.
Saya percaya ramai lagi yang masih belum melihat secara langsung BBZ10 ini apatah lagi memegangnya. Rekabentuk luaran mengunakan bahan plastik tetapi ia tidaklah dirasakan barang murahan seperti telefon lain di pasaran. BB ini bersaiz 4.2 inci, resolusi 1280 x 768 dan berkuasa dengan Qualcomm Snapdragon S4 dual-core
1.5GHz prosessor dengan RAM sebesar 2GB. Ruang dalaman yang tersedia adalah 16GB, yang boleh ditambah menerusi microSD. Bahagian belakang dilengkapi dengan 8MP kamera dan kapasiti merakam video 1080p. Bahagian hadapan pula dilengkapi dengan camera 2MP bagi membolehkan panggilan video dilakukan. Selain dari itu, BBZ10 juga dilengkapi dengan NFC, Wifi, Bluethooth, microUSB dan microHDMI ports.
Setelah membaca "posting" ini sudah pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah telefon ini boleh didapati di pasaran Malaysia. Sudah tentu Malaysia sentiasa berada dibelakang negara jiran kita iaitu Singapura. Pelancaran di Singapura telah berlangsung pada hari ini iaitu 7 Mac 2013. Bagi negara kita Malaysia, kita dijangkakan akan hanya mendapat telefon pintar ini pada 8 April 2013. Walau bagaimanapun, sesetangah perkhidmatan telefon seperti maxis telahpun membuat promosi mereka berkenaan telefon pintar ini. Anda boleh lihat sendiri di laman sesawang mereka untuk melihat sendiri promosi yang mereka tawarkan.
Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan BB ini saya berharap infomasi yang diberikan memuaskan hati anda.
Ikuti perkembangan teknologi di Malaysia dengan lebih cepat dan pantas dengan menjadi "follower" Blog saya ini. Terima kasih.