Jumaat, 11 November 2011

Jualan Penghabisan Stok 12.11.2011

Jualan penghabisan stok oleh kedai-aida.com
Jangan lepaskan peluang ini
Jom ramai-ramai kira serbu

Pelancaran Samsung Galaxy Note Di Malaysia




Samsung telahpun mengumunkan berkenaan produk terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Note. Persoalan yang selalu bermain di minda kita adalah bilakah produk ini akan sampai di Malaysia. Samsung baru-baru ini telahpun membuat pelancarannya di Jakarta, Indonesia dan adakah ini petanda bahawa ia jugha akan mendarat di Malaysia. Jika perkara ini benar maka ia adalah sesuatu berita yang agak baik untuk mereka yang menantikan produk ini. Apa yang boleh diperkatakan di sini adalah anda perlu mula berbaris sekarang untuk menjadi salah seorang yang pertama menggunakan Galaxy Note ini.

Samsung dengan kerjasama dari pihak penyedia talian telefon iaitu Celcom dan DiGi akan sama-sama membuat pelancarannya pada hari ini. Kepada mereka yang ingin mendapatkan produk ini anda boleh pergi ke sesi pelancaranya bermula 11 hingga 13 Nov ini. Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur anda boleh berkunjung ke Pavilion, Bukit Bintang. Bagi mereka yang berada di Pulau Pinang anda boleh mendaptkannya dia Qyeensbay Mall dan bagi mereka di Johor Bahru anda juga boleh mendapatkannya dia Aeon Tebrau.

Bagi mereka yang menjadi 100 pembeli yang pertama tidak kita sama ada di KL, Pulau Pinang atau di Johor anda akan mendapat casing untuk Galaxy Note anda yang dihiasi dengan kristal Swarovsky seperti gambar di atas. Selain itu juga mereka yang berkunjung ke Pavillion untuk pelancaran ini, jangan lupa untuk ke bahagian karikatur bagi mendapatkan wajah anda dilakarkan menggunakan Galaxy Note anda.

Khamis, 10 November 2011

iPhone 4S Lawan Galaxy SII



Pastinya ramai di luar sana yang tertanya-tanya manakah telefon pintar yang terbaik untuk saya beli. Soalan ini memang agak sukar untuk saya berikan jawapannya. Ramai rakan-rakan saya yang bertanyakan berkenaan kedua-dua telefon ini. Secara tidak langsung saya telah menjadi perunding IT untuk mereka. Menerima banyak panggilan masuk bertanyakan perkara ini memang telah menjadi kebiasaan bagi saya. Jadi, mana satu telefon pilihan anda? iPhone 4S atau Galaxy SII. Kedua-dua telefon telah membuktikan bahawa mereka adalah antara telefon pintar yang terbaik berada di pasaran. iPhone 4S telah membuktikannya dengan jumlah jualan yang agak luar biasa manakala Samsung Galaxy SII pula telah diundi sebagai Telefon Pintar Eropah Tahunan (European Smartphone of the Year). Jadi mari kita bandingkan dari segi spesifikasinya pula bagi menentukan siapakah sebenarnya juara dalam teknologi telefon pintar ini.

Paparan :
Apple iPhone 4S (3.7 inci Retina Display 640*900 pixels) manakala Samsung Galaxy SII (4.3 inci Super AMOLED 480*800 piksel)

Kedua-dua mempuyai paparan yang baik dan kedua-duanya pasti tidak akan mengecewakan anda dari segi paparannya.
Walaubagaimanapun, Galaxy SII mempunyai paparan yang lebih luas di mana ia  memaparkan skrin sebesar 4.3 inci. Bagi mereka yang gemar melihat video dan bermain permainan perkara ini merupakan satu kelebihan buat mereka tetapi bagi mereka yang lebih gemar kepada mobiliti sudah pasti ia akan berkata skrinnya terlalu besar.
iPhone 4S memberikan paparan dengan resolusi tinggi di mana secara keseluruhannya memberikan kualiti gambar yang tinggi. Apple juga mendakwa bahawa ia terletak di paras tertinggi di mana tahap mata manusia boleh mengesan pada saiz skrin ini.

Keputusan :  Kedua-duanya memberikan paparan yang baik

Pemproses :
Apple iPhone 4S (dual-core Apple A5 Chip) manakala Samsung Galaxy SII (dual-core 1.2 Ghz Chip)
Kedua-dua pemproses ini sebenarnya dibuat oleh Samsung dan pada perkadaran kelajuan yang lebih kurang sama. Jadi anda boleh mengatakan bahawa kedua-dua pemproses ini mempunyai kelajuan yang sama.

Tetapi, bila dibincangkan berkenaan dengan kuasa sebenar telefon pintar ini kita perlu melihat juga dari segi kelajuan RAM. Galaxy S II mempunyai RAM yang berkapasiti 1GB manakala iPhone 4S hanya mempunyai 512MB RAM sahaja. Jadi sudah tentu ia akan sedikit sebanyak membantu dari segi kelajuan dan juga pelaksanaan pelbagai tugas(multi-tasking).
Perkara ini memang agak rumit untuk dibincangkan memandangkan iPhone 4S memberikan kad grafik yang jauh lebih baik dari Galaxy SII yang mana ia secara tidak langsung memberikan kesan kepada penyampaian permainan dan strim video yang lebih baik.

Keputusan : Jelas sekali anda akan mengatakan iPhone 4S lebih baik memandangkan ia memberikan teknologi baru yang lebih canggih lebih-lebih lagi kad grafik yang lebih penting dari RAM.

Design Telefon/Faktor Bentuk :
Apple iPhone 4S (115.2 x 58.6 x 9.3mm, 140g) manakala Samsung Galaxy SII (125.3 x 66.1 x 8.49mm, 117g)
Jika kita lihat secara kasar sudah tentu kita akan nampak dengan jelas bahawa Galaxy SII memberikan anda sesuatu yang lebih nipis dan lebih ringgan berbanding dengan apa yang diberikan oleh iPhone 4S.
Walaupun begitu, jika kita lihat dengan lebih teliti kita akan nampak bahawa iPhone 4S memberikan sesuatu yang lebih baik dari segi kualiti binaannya manakala Galaxy SII lebih kepada plastik murahan. Tetapi apa yang menyamakan mereka semula adalah Galaxy SII lebih selesa apabila berada dalam poket anda.

Keputusan : Kualiti binaan yang ada pada iPhone 4S membuatkan ia nampak lebih elegan. Walau bagaimanapun perkara ini adalah subjektif kepada individu masing-masing.

Kamera :
Apple iPhone 4S ( 8 mega-piksel bahagian hadapan dan 2 mega-piksel bahagian hadapan) manakala Samsung Galaxy SII (8 mega-piksel bahagian belakang and 2 mega-piksel bahagian hadapan)

Kedua-dua memberikan kapasiti kamera yang sama tetapi apa yang membezakan kedua-duanya adalah perisian yang datang bersama kamera tersebut.

Keputusan : Kualiti kamera yang sama tetapi iPhone 4S mempunyai perisian kamera yang lebih baik.

Perisian :
Apple iPhone 4S (iOS 5) manakala Samsung Galaxy SII (Android 2.3)

Sesuatu yang agak sukar untuk dinilaikan apabila kita bercakap berkenaan sistem operasi mana yang memberikan keputusan yang terbaik. Pertambahan siri yang dilakukan oleh sistem operasi iOS membuatkan Android Gingerbread benar-benar telah dikaburi.

Sistem penyimpanan awan (Cloud-based storage) yang dibawa oleh sistem operasi iOS benar-benar memberikan satu manafaat yang besar dan ia adalah merupakan satu sistem operasi yang terbaru secara keseluruhannya. Jika kita bandingkan iOS 5 dengan Android Ice Cream Sandwich sudah pasti ia akan memberikan keputusan yang berbeza. Tetapi buat masa ini Galaxy S II masih menggunakan sistem operasi Android 2.3 (Gingerbread)

Keputusan : Sudah pasti anda akan mengatakan iPhone 4S adalah pemenangnya, sekurang-kurangnya sehingga Galaxy SII ditingkat upaya kepada Ice Cream Sandwich.

Memori Dalaman :
Apple iPhone 4S (16GB/32GB/64GB) manakala Samsung Galaxy SII (16GB/32GB)
Jika kita bandingkan kedua-dua telefon ini, ia memberikan beberapa pilihan untuk kita pilih dari segi memori dalaman. iPhone 4S memberikan satu kapasiti yang lebih apabila ia mempunyai pilihan memori sehingga 64GB, walaupun begitu Galaxy SII memberikan anda keupayaan untuk menambah kapasiti memori dengan menggunakan kad MicroSD sehingga 32GB yang mana berupaya menyamakan kapasiti memori sama seperti iPhone 4S.

Keputusan
Kedua-duanya memberikan keupayaan memori dalaman yang cukup baik.

Harga :
Apple iPhone 4S 16GB (RM2500) manakala Samsung Galaxy SII (RM2000)
Harga yang dinyatakan mungkin agak berbeza dengan apa yang akan ditawarkan oleh kebanyakan syarikat telefon. Jika akan mengambil pakej kontrak mungkin harga akan menjadi lebih murah.

Walaupun begitu apa yang dapat kita lihat di sini adalah Galaxy SII memberikan tawaran yang lebih murah jika kita bandingkan dengan iPhone 4S.
Keputusan : Jika kita bandingkan dari segi harga sudah tentu Galaxy S II lebih murah lebih0lebih lagi apabila anda membelinya menerusi kontrak dengan pihak penyedia talian teleon.



Keputusan Keselurusan :

iPhone 4S

Secara jujur kita dapat lihat bahawa iPhone 4S memberikan sesuatu yang agak berlainan dari segi kualiti faktor buatan dan dalam masa yang sama kita juga perlu ambil kira bahawa Galaxy SII merupakan satu teknologi yang telah dikeluarkan 6 bulan sebelum ini.
Walaupun iPhone 4S memberikan banyak kelebihan berbanding Galaxy SII pada kali ini tetapi kepada mereka yang agak kurang bajetnya untuk memiliki telefon pintar, Galaxy SII memberikan sesuatu yang cukup untuk anda sebagai sebuah telefon pintar. 

Apa yang pastinya sudah tentu ramai yang akan menunggu akan keluaran Samsung Nexus yang digembar-gemburkan dengan teknologi terbarunya dan juga penggunakan sistem operasi yang lebih baik iaitu Ice Cream Sandwich. Jadi, kita tunggu dan lihat sahaja sama ada iPhone 4S dapat megekalkan takhta telefon pintar ini.

Khamis, 3 November 2011

iPhone 4S : Tambahan 15 Negara Lagi Akan Menerimanya





Apple telahpun mengumumkan bahawa iPhone 4S mereka yang baru ini akan berada pada 15 lagi Negara pada 11 November yang akan datang ini dengan pra-pesanan yang akan bermula pada jumaat ini di Negara yang terpilih.

Seperti biasa, Malaysia bukanlah Negara pilihan untuk pasaran Apple bagi iPhone 4S mereka pada kali ini. Bagi saya bukanlah satu perkara yang agak mengejutkan kerana mungkin pasaran di Malaysia tidak sebesar pasaran di Negara lain. Berikut adalah senarai Negara-negara pilihan Apple untuk telefon pintar baru mereka :-

Albania, Armenia, Bulgaria, El Salvador, Greece, Guatemala, Hong Kong, Malta, Montenegro, New Zealand, Panama, Poland, Portugal, Romania and South Korea.
 
Menurut Apple, mereka juga akan mengeluarkan peralatan ini kepada lebih 70 Negara menjelang akhir tahun ini. Adakah ini sesuatu maklumat yang baik untuk kita atau sebaliknya. Oleh itu, ingin saya membawa anda kepada penyelesaian masalah matematik yang kita selalu buat sewaktu di bangku sekolah dahulu. Pada masa ini Apple telahpun mengeluarkan iPhone 4S ini kepada 29 buah Negara dan sekarang ini mereka telah menambah kepada 15 buah Negara lagi. Jika anda tambah kesemua Negara yang akan mendapat peralatan ini ia telah menjadikan jumlah sebanyak 46 buah Negara. Buat masa ini hanya tinggal 24 buah Negara sahaja yang masih tinggal untuk mendapatkan. Persoalannya di sini, Adakah Malaysia akan tersenarai dalam 24 buah Negara yang tinggal ini? Apa pandangan anda?

Cara Pemasangan CyanogenMod Untuk Android

Apa itu CyanogenMod?

Ia adalah satu sistem operasi yang berasaskan Android. Sistem CyanogenMod ini adalah satu sistem yang disesuaikan semula dari sistem asal Android. Bila kita kata penyesuaian semula maknanya terdapat beberapa aplikasi yang terpaksa dikeluarkan dari sistem asal. Ini adalah kerana sistem CyanogenMod ini tidak dibenarkan menggunakan beberapa aplikasi dari sistem asal Android kerana masalah lesen.


Apakah aplikasi yang tidak terdapat dalam CyanogenMod ini?

1. Market
2. Google Talk
3. Google Search
4. Maps
5. Youtube
6. Voice
7. Places
8. Latitude
9. Navigate
10. Contacts
11. Calendar
12. Alarm
13. Browser


Walaupun aplikasi ini tidak terdapat dalam CyanogenMod, anda masih lagi berupaya untuk memasangnya setelah proses pemasangan CynogenMod ini selesai. Hanya 4 aplikasi yang datang bersama sistem asal yang tidak boleh anda masukkan iaitu aplikasi Contact, Calendar, Alarm dan Browser.


Senarai Telefon yang menyokong CyanogenMod?

Berikut adalah telefon yang di sokong oleh sistem ini setakat hari ini.

  • HTC Desire S
  • HTC Incredible S
  • HTC Incredible 2
  • LG Optimus 2X and T-Mobile G2x
  • Motorola Backflip (Motus)
  • Motorola Cliq / Cliq XT
  • Motorola Defy
  • Motorola Droid 2
  • Motorola Droid X
  • Samsung Captivate
  • Samsung Fascinate
  • Samsung Mesmerize
  • Samsung Showcase
  • Samsung Vibrant
  • Samsung Galaxy S
  • Samsung Galaxy S2 (multiple carriers)
  • Sony Ericsson Xperia X8
  • Sony Ericsson Xperia Mini
  • Sony Ericsson Xperia Mini Pro
  • Sony Ericsson Xperia Neo
  • Sony Ericsson Xperia Play
  • Sony Ericsson Xperia Ray
  • Sony Ericsson Xperia Arc
  • ZTE V9
Amaran : Langkah yang ditunjukan adalah untuk tujun pembelajaran dan perkongsian maklumat sahaja. Melaksanakannya adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri dan pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang dialami.

Nota :
- Kebanyakan contoh adalah berdasarkan telefon Samsung Galaxy S kerana saya telah melaksanakan proses pemasangan menggunakan peralatan ini.
- Pastikan bateri anda penuh atau sekurang-kurangnya melebihi 50%
- Pastikan tiada "lagfix" pada telefon anda
- Keluarkan kad memori(External) jika ada sehingga keseluruhan proses tamat.

 Langkah-langkah pemasangan CyanogenMod
1. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah muat turun sistem operasi CyanogenMod ini. Anda boleh dapatkan sistem ini di laman web rasmi CyanogenMod dan versi terkini buat masa ini adalah versi 7.1
http://www.cyanogenmod.com
Pastikan anda memuat turun ROM yang dibina untuk sistem telefon anda.

2. Pastikan telefon anda menggunakan Android Versi 2.3.5(bagi pemasangan CyanogenMod versi 7.1) dan sistem anda mempunyai akses "superuser"(sistem operasi yang telah anda root).

Tingkat upaya sistem android anda terlebih dahulu


Jika sistem Android anda adalah versi 2.1 anda perlu membuat pemasangan ke sistem yang lebih tinggi iaitu 2.2 dan seteruskan ke 2.3.5
i) Cara yang paling mudah adalah anda boleh menggunakan perisian Odin yang boleh anda dapatkannya di internet.
ii) Muat turun pula file ROM yang diperlukan iaitu Gingerbread 2.3.5. Kenapa anda perlukan ROM versi ini, ia adalah kerana untuk melaksanakan pemasangan CyanogenMod anda perlukan perisian "ClockWorkMod (CWM) recovery" yang tersedia dalam telefon anda. Anda juga perlu pastikan ROM yang dibina bersesuaian dengan telefon anda.
iii) Anda dinasihatkan untuk membuat salinan terhadap kesemua applikasi anda dan juga data telefon anda (contact, sms, mms, dsb)
iv) Buka perisian Odin yang anda muat turun sebelum ini dari komputer anda. Masukan data yang diperlukan seperti fail PIT, PDA, PHONE dan CSC dari fail ROM yang telah anda muat turun sebelum ini. Jika fail di dalam bentuk ZIP sila UNZIP terlebih dahulu. Sila lihat gambar di bawah


v) Pastikan anda tanda pada bahagian "Re-Partition", "Auto-boot" dan "F.Reset Time"
vi) Matikan telefon bimbit anda dan letakkan sistem telefon anda ke dalam mod muat turun (Download Mode). Sila dapatkan cara untuk melaksanakannya di laman web bagi telefon yang anda gunakan sekarang. Jika anda menggunakan Galaxy S anda boleh menekan butang Volume_Down + Home + Power secara serentak. Lihat gambar di bawah





vii) Sambungkan telefon anda ke komputer anda menggunakan kable USB.
viii) Anda akan dapat melihat tanda berwarna kuning di perisian Odin anda dan ruangan "Message" terteranya "Added"
Nota : Bagi pengguna Galaxy S anda perlu memastikan perisian KIES di buang atau anda perlu pastikan ia telah ditutup sepenuhnya sebelum anda menggunakan perisian Odin ini

ix) Langkah terakhir adalah anda hanya perlu klik pada butang "Start" untuk lasanakan pemasangan. Pastikan anda tidak menutup telefon anda atau membuang sambungan dari komputer


Cara untuk "root" telefon anda
a. Muat turun fail CF-ROOT bagi sistem 2.3.5 anda
b. Buka perisian Odin dan laksanakan langkah-langkah seperti di atas cuma pada kali ini anda hanya perlu memasukan fail PDA sahaja.
c. Pastikan anda tidak menanda pada bahagian "Re-Partition" dan bahagian lain anda biarkan ia bertanda.
d. Matikan telefon bimbit anda dan ianya dalam keadaan mod muat turun. Sambungkan telefon anda ke komputer dan klik pada butang "Start".

Nota : Lihat telefon anda sama ada telah mempunyai aplikasi "superuser" ataupun tidak

Cara pemasangan CyanogenMod 7
1. Pastikan anda memuat turun ROM yang dibina untuk telefon pintar anda
2. Sila jangan UNZIP fail berkenaan.
3. Sambungkan telefon anda ke komputer dan masukan fail CyanogenMod ini ke kad memori telefon anda.
4. Matikan telefon anda dan anda perlu berada dalam MOD "ClockWorkMod (CWM) recovery". Cara untuk memasuki mod ini adalah dengan menekan butang "VOLUME_UP + HOME + POWER" bagi telefon Galaxy S. Lihat gambar di bawah.


5.  Pergi ke bahagian "install zip from sdcard" dan pilih fail zip yang anda telah masukan tadi.
6. Pilih pilihan untuk pemasangan dan tunggu sehingga ia memulakan semula telefon anda.
7. Telefon anda akan mengambil masa yang agak lama untuk ia benar-benar masuk ke sistem cyanogenMod ini. Perkara ini adalah normal untuk pelancaran kali pertama. Selepas ini ia akan lebih cepat.

Aplikasi Google.

Setelah anda siap memasang sistem CyanogenMod ini sudah tentu anda ingin menggunakan aplikasi google di dalamnya. Oleh itu anda boleh muat turun fail yang telah disediakan di laman web untuk anda membuat pemasangan. Cara pemasangan adalah sama seperti pemasangan sistem CyanogenMod ini.

Selamat mencuba
Sebarang masalah anda boleh e-mail atau tanya di ruangan komen.

Antara paparan skin dari sistem CyanogenMod ini