Pastinya ramai di luar sana yang tertanya-tanya manakah telefon pintar yang terbaik untuk saya beli. Soalan ini memang agak sukar untuk saya berikan jawapannya. Ramai rakan-rakan saya yang bertanyakan berkenaan kedua-dua telefon ini. Secara tidak langsung saya telah menjadi perunding IT untuk mereka. Menerima banyak panggilan masuk bertanyakan perkara ini memang telah menjadi kebiasaan bagi saya. Jadi, mana satu telefon pilihan anda? iPhone 4S atau Galaxy SII. Kedua-dua telefon telah membuktikan bahawa mereka adalah antara telefon pintar yang terbaik berada di pasaran. iPhone 4S telah membuktikannya dengan jumlah jualan yang agak luar biasa manakala Samsung Galaxy SII pula telah diundi sebagai Telefon Pintar Eropah Tahunan (European Smartphone of the Year). Jadi mari kita bandingkan dari segi spesifikasinya pula bagi menentukan siapakah sebenarnya juara dalam teknologi telefon pintar ini.
Paparan :
Apple iPhone 4S (3.7 inci Retina Display 640*900 pixels) manakala Samsung Galaxy SII (4.3 inci Super AMOLED 480*800 piksel)
Kedua-dua mempuyai paparan yang baik dan kedua-duanya pasti tidak akan mengecewakan anda dari segi paparannya.
Walaubagaimanapun, Galaxy SII mempunyai paparan yang lebih luas di mana ia memaparkan skrin sebesar 4.3 inci. Bagi mereka yang gemar melihat video dan bermain permainan perkara ini merupakan satu kelebihan buat mereka tetapi bagi mereka yang lebih gemar kepada mobiliti sudah pasti ia akan berkata skrinnya terlalu besar.
iPhone 4S memberikan paparan dengan resolusi tinggi di mana secara keseluruhannya memberikan kualiti gambar yang tinggi. Apple juga mendakwa bahawa ia terletak di paras tertinggi di mana tahap mata manusia boleh mengesan pada saiz skrin ini.
Keputusan : Kedua-duanya memberikan paparan yang baik
Pemproses :
Apple iPhone 4S (dual-core Apple A5 Chip) manakala Samsung Galaxy SII (dual-core 1.2 Ghz Chip)
Kedua-dua pemproses ini sebenarnya dibuat oleh Samsung dan pada perkadaran kelajuan yang lebih kurang sama. Jadi anda boleh mengatakan bahawa kedua-dua pemproses ini mempunyai kelajuan yang sama.
Tetapi, bila dibincangkan berkenaan dengan kuasa sebenar telefon pintar ini kita perlu melihat juga dari segi kelajuan RAM. Galaxy S II mempunyai RAM yang berkapasiti 1GB manakala iPhone 4S hanya mempunyai 512MB RAM sahaja. Jadi sudah tentu ia akan sedikit sebanyak membantu dari segi kelajuan dan juga pelaksanaan pelbagai tugas(multi-tasking).
Perkara ini memang agak rumit untuk dibincangkan memandangkan iPhone 4S memberikan kad grafik yang jauh lebih baik dari Galaxy SII yang mana ia secara tidak langsung memberikan kesan kepada penyampaian permainan dan strim video yang lebih baik.
Keputusan : Jelas sekali anda akan mengatakan iPhone 4S lebih baik memandangkan ia memberikan teknologi baru yang lebih canggih lebih-lebih lagi kad grafik yang lebih penting dari RAM.
Design Telefon/Faktor Bentuk :
Apple iPhone 4S (115.2 x 58.6 x 9.3mm, 140g) manakala Samsung Galaxy SII (125.3 x 66.1 x 8.49mm, 117g)
Jika kita lihat secara kasar sudah tentu kita akan nampak dengan jelas bahawa Galaxy SII memberikan anda sesuatu yang lebih nipis dan lebih ringgan berbanding dengan apa yang diberikan oleh iPhone 4S.
Walaupun begitu, jika kita lihat dengan lebih teliti kita akan nampak bahawa iPhone 4S memberikan sesuatu yang lebih baik dari segi kualiti binaannya manakala Galaxy SII lebih kepada plastik murahan. Tetapi apa yang menyamakan mereka semula adalah Galaxy SII lebih selesa apabila berada dalam poket anda.
Keputusan : Kualiti binaan yang ada pada iPhone 4S membuatkan ia nampak lebih elegan. Walau bagaimanapun perkara ini adalah subjektif kepada individu masing-masing.
Kamera :
Apple iPhone 4S ( 8 mega-piksel bahagian hadapan dan 2 mega-piksel bahagian hadapan) manakala Samsung Galaxy SII (8 mega-piksel bahagian belakang and 2 mega-piksel bahagian hadapan)
Kedua-dua memberikan kapasiti kamera yang sama tetapi apa yang membezakan kedua-duanya adalah perisian yang datang bersama kamera tersebut.
Keputusan : Kualiti kamera yang sama tetapi iPhone 4S mempunyai perisian kamera yang lebih baik.
Perisian :
Apple iPhone 4S (iOS 5) manakala Samsung Galaxy SII (Android 2.3)
Sesuatu yang agak sukar untuk dinilaikan apabila kita bercakap berkenaan sistem operasi mana yang memberikan keputusan yang terbaik. Pertambahan siri yang dilakukan oleh sistem operasi iOS membuatkan Android Gingerbread benar-benar telah dikaburi.
Sistem penyimpanan awan (Cloud-based storage) yang dibawa oleh sistem operasi iOS benar-benar memberikan satu manafaat yang besar dan ia adalah merupakan satu sistem operasi yang terbaru secara keseluruhannya. Jika kita bandingkan iOS 5 dengan Android Ice Cream Sandwich sudah pasti ia akan memberikan keputusan yang berbeza. Tetapi buat masa ini Galaxy S II masih menggunakan sistem operasi Android 2.3 (Gingerbread)
Keputusan : Sudah pasti anda akan mengatakan iPhone 4S adalah pemenangnya, sekurang-kurangnya sehingga Galaxy SII ditingkat upaya kepada Ice Cream Sandwich.
Memori Dalaman :
Apple iPhone 4S (16GB/32GB/64GB) manakala Samsung Galaxy SII (16GB/32GB)
Jika kita bandingkan kedua-dua telefon ini, ia memberikan beberapa pilihan untuk kita pilih dari segi memori dalaman. iPhone 4S memberikan satu kapasiti yang lebih apabila ia mempunyai pilihan memori sehingga 64GB, walaupun begitu Galaxy SII memberikan anda keupayaan untuk menambah kapasiti memori dengan menggunakan kad MicroSD sehingga 32GB yang mana berupaya menyamakan kapasiti memori sama seperti iPhone 4S.
Keputusan
Kedua-duanya memberikan keupayaan memori dalaman yang cukup baik.
Harga :
Apple iPhone 4S 16GB (RM2500) manakala Samsung Galaxy SII (RM2000)
Harga yang dinyatakan mungkin agak berbeza dengan apa yang akan ditawarkan oleh kebanyakan syarikat telefon. Jika akan mengambil pakej kontrak mungkin harga akan menjadi lebih murah.
Walaupun begitu apa yang dapat kita lihat di sini adalah Galaxy SII memberikan tawaran yang lebih murah jika kita bandingkan dengan iPhone 4S.
Keputusan : Jika kita bandingkan dari segi harga sudah tentu Galaxy S II lebih murah lebih0lebih lagi apabila anda membelinya menerusi kontrak dengan pihak penyedia talian teleon.
Keputusan Keselurusan :
iPhone 4S
Secara jujur kita dapat lihat bahawa iPhone 4S memberikan sesuatu yang agak berlainan dari segi kualiti faktor buatan dan dalam masa yang sama kita juga perlu ambil kira bahawa Galaxy SII merupakan satu teknologi yang telah dikeluarkan 6 bulan sebelum ini.
Walaupun iPhone 4S memberikan banyak kelebihan berbanding Galaxy SII pada kali ini tetapi kepada mereka yang agak kurang bajetnya untuk memiliki telefon pintar, Galaxy SII memberikan sesuatu yang cukup untuk anda sebagai sebuah telefon pintar.
Apa yang pastinya sudah tentu ramai yang akan menunggu akan keluaran Samsung Nexus yang digembar-gemburkan dengan teknologi terbarunya dan juga penggunakan sistem operasi yang lebih baik iaitu Ice Cream Sandwich. Jadi, kita tunggu dan lihat sahaja sama ada iPhone 4S dapat megekalkan takhta telefon pintar ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan