Jumaat, 20 Januari 2012

Pemegang LomoKino Untuk Telefon Pintar




Jika kita bercakap berkenaan dengan industri perfileman sudah pasti anda akan bercakap berkenaan qualiti gambar dan juga kecanggihan teknologi yang digunakan bagi video kamera mereka. Pernahkah anda terfikir bahawa adanya Lomography dalam pengambilan gambar bercorak video. Suatu ketika dahulu, terdapat mereka dari Lomography Society International melibatkan diri dalam filem analog dalam bentuk Lomokino dan KinoScope. Walaupun konsep itu adalah sesuatu yang agak bijak untuk dimulakan tetapi masalah menjadi ketara apabila memasuki langkah-langkah yang diperlukan untuk mendigitalkan video lomokino. Setiap frame yang dihasilkan mesti disambungkan dari imbasan secara manual dan digunakan sebagai frame dalam perisian pilihan anda untuk aktiviti menyunting. Di atas ini LomoKinoScope hanya bermanfaat jika anda benar-benar memproses filem slaid dengan proses E6 atau jika tidak, ia hanya akan menunjukkan anda negatif apa yang telah anda rekodkan.

LSI kini telah mempunyai satu cara untuk merekodkan rakaman terus dari LomoKinoScope ke telefon pintar anda. Pemegang LomoKinoScope telefon pintar membolehkan anda untuk memasangkan telefon pintar yang paling popular kepada penonton dan bergantung kepada keupayaan telefon, anda akan mempunyai video yang berkualiti tinggi setinggi imbasan anda. Jika anda proses dalam format Hitam dan Putih, negatif atau Inc, anda masih boleh merakam filem dan menukarnya menggunakan komputer anda.

Khamis, 19 Januari 2012

Samsung Galaxy S III




Adakah perkabaran ini benar atau ia sekadar satu kabar angin sahaja. Kabar angin memang ada mengatakan bahawa samsung dalam usaha untuk mengeluarkan siri berikutnya untuk telefon pintar Galaxy S mereka. Menurut sumber tersebut generasi baru telefon pintar ini akan menggunakan prosessor quad-core, paparan 720p HD Super AMOLED Plus dan sudah tentunya menggunakan sistem operasi terbaru Android 4.0 yang juga di kenali sebagai Ice Cream Sandwich.

Telefon pintar ini di katakan akan di umumkan pada Mobile World Congress 2012 yang akan di adakan pada Februari ini nanti. Menurut sumber ini lagi, telefon ini akan berada di pasaran untuk anda semua milikinya pada suku kedua tahun ini. 

Dalam masa yang sama, Samsung dikatakan sedang berusaha untuk teknologi 3D bagi telefon pintar. Walau bagaimanapun, masih lagi tidak diketahui sama ada fungsi 3D tersebut meliputi bukan hanya main balik tetapi juga rakaman gambar dan video akan terpasang dalam Galaxy S III ini nanti. Ada juga mengatakan bahawa satu peranti baru akan berada di pasaran yang iaitu Galaxy S 3D yang mana tarikh keluarannya adalah lebih kurang sama waktunya dengan Galaxy S III.

Seperti yang anda telah sedia maklum, jika Samsung mengeluarkan telefon pintar 3D ini ia bukanlah satu perkara yang baru kerana Samsung telahpun mengeluarkan telefon berteknologi 3D pada tahun lepas yang di gelar W960. Buat masa ini kita hanyalah boleh tunggu dan lihat adakah perkara ini benar-benar akan berlaku atau tidak. Sudah pasti sebagai pengguna kita inginkan sesuatu yang terbaik dari Samsung lebih-lebih lagi apabila peranti 3D terbaru yang ingin dikeluarkan ini nanti adalah tergolong di dalam kelas-Galaxy. 
 

Jumaat, 9 Disember 2011

iPhone 4S Kini Di Malaysia

Mohon maaf kepada mereka yang sering berkunjung ke blog saya untuk mendapatkan info terkini berkenaan dengan teknologi. Boleh saya katakan akhir tahun yang agak mencabar bagi saya pada tahun ini. Apapun tidak perlu untuk saya tulisnya di sini cukuplah sekadar di Facebook saya.

Apa yang menarik perhatian saya pada kali ini adalah ketibaan iPhone 4S yang teramat ditunggu-tunggu ramai. Walau bagaimanapun, untuk kali ini seperti mana yang berlaku di negara-negara lain mereka yang ingin mendapatkan gadget ini perlulah membuat pesanan awal untuk membolehkan anda memiliki gadget ini di Malaysia.

Buat masa ini terdapat dua penyedia perkhidmatan yang membuat promosi mereka bagi memberikan pakej terbaik untuk mereka yang ingin membeli telefon pintar iPhone 4S ini. Anda boleh layari laman sesawang Celcom untuk membuat pesanan awal ini. Menurut mereka, telefon pintar ini akan berada di tangan pembeli yang membuat pesanan awal pada 16 Disember ini. Selain itu, Celcom juga akan mengadakan pelancaran iPhone 4S ini di La Bodega, Bangsar Shopping Centre. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan untuk mereka yang berkunjung di hari pelancaran ini dengan hadiah menarik seperti telefon pintar iPhone 4S ini sendiri, muat turun kandungan, headphone Apple, iPod Shuffle, Celcom prabayar dan pek jalur lebar. Mereka yang inginkan gadget ini boleh mula beratus panjang bermula jam 9 malam dan masa pelancaran secara rasminya bermula jam 12 tengah malam.


Maxis juga tidak ketinggalan untuk menberikan pakej terbaik mereka bagi peminat telefon pintar iPhone 4S ini. Anda juga boleh melayari laman sesawang Maxis bagi membuat pesanan awal ini. Majlis pelancaran untuk Maxis pula akan berlangsung di KL Convention Centre dengan menyediakan pelbagai acara selama 3 hari dan munurut mereka bagi yang telah membuat tempahan awal boleh mengambil telefon pintar iPhone 4S mereka seawal 15 Disember ini.





Tiada sebarang berita dari Digi berkenaan promosi mereka ke atas telefon pintar iPhone 4S ini.

Jumaat, 11 November 2011

Jualan Penghabisan Stok 12.11.2011

Jualan penghabisan stok oleh kedai-aida.com
Jangan lepaskan peluang ini
Jom ramai-ramai kira serbu

Pelancaran Samsung Galaxy Note Di Malaysia




Samsung telahpun mengumunkan berkenaan produk terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Note. Persoalan yang selalu bermain di minda kita adalah bilakah produk ini akan sampai di Malaysia. Samsung baru-baru ini telahpun membuat pelancarannya di Jakarta, Indonesia dan adakah ini petanda bahawa ia jugha akan mendarat di Malaysia. Jika perkara ini benar maka ia adalah sesuatu berita yang agak baik untuk mereka yang menantikan produk ini. Apa yang boleh diperkatakan di sini adalah anda perlu mula berbaris sekarang untuk menjadi salah seorang yang pertama menggunakan Galaxy Note ini.

Samsung dengan kerjasama dari pihak penyedia talian telefon iaitu Celcom dan DiGi akan sama-sama membuat pelancarannya pada hari ini. Kepada mereka yang ingin mendapatkan produk ini anda boleh pergi ke sesi pelancaranya bermula 11 hingga 13 Nov ini. Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur anda boleh berkunjung ke Pavilion, Bukit Bintang. Bagi mereka yang berada di Pulau Pinang anda boleh mendaptkannya dia Qyeensbay Mall dan bagi mereka di Johor Bahru anda juga boleh mendapatkannya dia Aeon Tebrau.

Bagi mereka yang menjadi 100 pembeli yang pertama tidak kita sama ada di KL, Pulau Pinang atau di Johor anda akan mendapat casing untuk Galaxy Note anda yang dihiasi dengan kristal Swarovsky seperti gambar di atas. Selain itu juga mereka yang berkunjung ke Pavillion untuk pelancaran ini, jangan lupa untuk ke bahagian karikatur bagi mendapatkan wajah anda dilakarkan menggunakan Galaxy Note anda.

Khamis, 10 November 2011

iPhone 4S Lawan Galaxy SII



Pastinya ramai di luar sana yang tertanya-tanya manakah telefon pintar yang terbaik untuk saya beli. Soalan ini memang agak sukar untuk saya berikan jawapannya. Ramai rakan-rakan saya yang bertanyakan berkenaan kedua-dua telefon ini. Secara tidak langsung saya telah menjadi perunding IT untuk mereka. Menerima banyak panggilan masuk bertanyakan perkara ini memang telah menjadi kebiasaan bagi saya. Jadi, mana satu telefon pilihan anda? iPhone 4S atau Galaxy SII. Kedua-dua telefon telah membuktikan bahawa mereka adalah antara telefon pintar yang terbaik berada di pasaran. iPhone 4S telah membuktikannya dengan jumlah jualan yang agak luar biasa manakala Samsung Galaxy SII pula telah diundi sebagai Telefon Pintar Eropah Tahunan (European Smartphone of the Year). Jadi mari kita bandingkan dari segi spesifikasinya pula bagi menentukan siapakah sebenarnya juara dalam teknologi telefon pintar ini.

Paparan :
Apple iPhone 4S (3.7 inci Retina Display 640*900 pixels) manakala Samsung Galaxy SII (4.3 inci Super AMOLED 480*800 piksel)

Kedua-dua mempuyai paparan yang baik dan kedua-duanya pasti tidak akan mengecewakan anda dari segi paparannya.
Walaubagaimanapun, Galaxy SII mempunyai paparan yang lebih luas di mana ia  memaparkan skrin sebesar 4.3 inci. Bagi mereka yang gemar melihat video dan bermain permainan perkara ini merupakan satu kelebihan buat mereka tetapi bagi mereka yang lebih gemar kepada mobiliti sudah pasti ia akan berkata skrinnya terlalu besar.
iPhone 4S memberikan paparan dengan resolusi tinggi di mana secara keseluruhannya memberikan kualiti gambar yang tinggi. Apple juga mendakwa bahawa ia terletak di paras tertinggi di mana tahap mata manusia boleh mengesan pada saiz skrin ini.

Keputusan :  Kedua-duanya memberikan paparan yang baik

Pemproses :
Apple iPhone 4S (dual-core Apple A5 Chip) manakala Samsung Galaxy SII (dual-core 1.2 Ghz Chip)
Kedua-dua pemproses ini sebenarnya dibuat oleh Samsung dan pada perkadaran kelajuan yang lebih kurang sama. Jadi anda boleh mengatakan bahawa kedua-dua pemproses ini mempunyai kelajuan yang sama.

Tetapi, bila dibincangkan berkenaan dengan kuasa sebenar telefon pintar ini kita perlu melihat juga dari segi kelajuan RAM. Galaxy S II mempunyai RAM yang berkapasiti 1GB manakala iPhone 4S hanya mempunyai 512MB RAM sahaja. Jadi sudah tentu ia akan sedikit sebanyak membantu dari segi kelajuan dan juga pelaksanaan pelbagai tugas(multi-tasking).
Perkara ini memang agak rumit untuk dibincangkan memandangkan iPhone 4S memberikan kad grafik yang jauh lebih baik dari Galaxy SII yang mana ia secara tidak langsung memberikan kesan kepada penyampaian permainan dan strim video yang lebih baik.

Keputusan : Jelas sekali anda akan mengatakan iPhone 4S lebih baik memandangkan ia memberikan teknologi baru yang lebih canggih lebih-lebih lagi kad grafik yang lebih penting dari RAM.

Design Telefon/Faktor Bentuk :
Apple iPhone 4S (115.2 x 58.6 x 9.3mm, 140g) manakala Samsung Galaxy SII (125.3 x 66.1 x 8.49mm, 117g)
Jika kita lihat secara kasar sudah tentu kita akan nampak dengan jelas bahawa Galaxy SII memberikan anda sesuatu yang lebih nipis dan lebih ringgan berbanding dengan apa yang diberikan oleh iPhone 4S.
Walaupun begitu, jika kita lihat dengan lebih teliti kita akan nampak bahawa iPhone 4S memberikan sesuatu yang lebih baik dari segi kualiti binaannya manakala Galaxy SII lebih kepada plastik murahan. Tetapi apa yang menyamakan mereka semula adalah Galaxy SII lebih selesa apabila berada dalam poket anda.

Keputusan : Kualiti binaan yang ada pada iPhone 4S membuatkan ia nampak lebih elegan. Walau bagaimanapun perkara ini adalah subjektif kepada individu masing-masing.

Kamera :
Apple iPhone 4S ( 8 mega-piksel bahagian hadapan dan 2 mega-piksel bahagian hadapan) manakala Samsung Galaxy SII (8 mega-piksel bahagian belakang and 2 mega-piksel bahagian hadapan)

Kedua-dua memberikan kapasiti kamera yang sama tetapi apa yang membezakan kedua-duanya adalah perisian yang datang bersama kamera tersebut.

Keputusan : Kualiti kamera yang sama tetapi iPhone 4S mempunyai perisian kamera yang lebih baik.

Perisian :
Apple iPhone 4S (iOS 5) manakala Samsung Galaxy SII (Android 2.3)

Sesuatu yang agak sukar untuk dinilaikan apabila kita bercakap berkenaan sistem operasi mana yang memberikan keputusan yang terbaik. Pertambahan siri yang dilakukan oleh sistem operasi iOS membuatkan Android Gingerbread benar-benar telah dikaburi.

Sistem penyimpanan awan (Cloud-based storage) yang dibawa oleh sistem operasi iOS benar-benar memberikan satu manafaat yang besar dan ia adalah merupakan satu sistem operasi yang terbaru secara keseluruhannya. Jika kita bandingkan iOS 5 dengan Android Ice Cream Sandwich sudah pasti ia akan memberikan keputusan yang berbeza. Tetapi buat masa ini Galaxy S II masih menggunakan sistem operasi Android 2.3 (Gingerbread)

Keputusan : Sudah pasti anda akan mengatakan iPhone 4S adalah pemenangnya, sekurang-kurangnya sehingga Galaxy SII ditingkat upaya kepada Ice Cream Sandwich.

Memori Dalaman :
Apple iPhone 4S (16GB/32GB/64GB) manakala Samsung Galaxy SII (16GB/32GB)
Jika kita bandingkan kedua-dua telefon ini, ia memberikan beberapa pilihan untuk kita pilih dari segi memori dalaman. iPhone 4S memberikan satu kapasiti yang lebih apabila ia mempunyai pilihan memori sehingga 64GB, walaupun begitu Galaxy SII memberikan anda keupayaan untuk menambah kapasiti memori dengan menggunakan kad MicroSD sehingga 32GB yang mana berupaya menyamakan kapasiti memori sama seperti iPhone 4S.

Keputusan
Kedua-duanya memberikan keupayaan memori dalaman yang cukup baik.

Harga :
Apple iPhone 4S 16GB (RM2500) manakala Samsung Galaxy SII (RM2000)
Harga yang dinyatakan mungkin agak berbeza dengan apa yang akan ditawarkan oleh kebanyakan syarikat telefon. Jika akan mengambil pakej kontrak mungkin harga akan menjadi lebih murah.

Walaupun begitu apa yang dapat kita lihat di sini adalah Galaxy SII memberikan tawaran yang lebih murah jika kita bandingkan dengan iPhone 4S.
Keputusan : Jika kita bandingkan dari segi harga sudah tentu Galaxy S II lebih murah lebih0lebih lagi apabila anda membelinya menerusi kontrak dengan pihak penyedia talian teleon.



Keputusan Keselurusan :

iPhone 4S

Secara jujur kita dapat lihat bahawa iPhone 4S memberikan sesuatu yang agak berlainan dari segi kualiti faktor buatan dan dalam masa yang sama kita juga perlu ambil kira bahawa Galaxy SII merupakan satu teknologi yang telah dikeluarkan 6 bulan sebelum ini.
Walaupun iPhone 4S memberikan banyak kelebihan berbanding Galaxy SII pada kali ini tetapi kepada mereka yang agak kurang bajetnya untuk memiliki telefon pintar, Galaxy SII memberikan sesuatu yang cukup untuk anda sebagai sebuah telefon pintar. 

Apa yang pastinya sudah tentu ramai yang akan menunggu akan keluaran Samsung Nexus yang digembar-gemburkan dengan teknologi terbarunya dan juga penggunakan sistem operasi yang lebih baik iaitu Ice Cream Sandwich. Jadi, kita tunggu dan lihat sahaja sama ada iPhone 4S dapat megekalkan takhta telefon pintar ini.

Khamis, 3 November 2011

iPhone 4S : Tambahan 15 Negara Lagi Akan Menerimanya





Apple telahpun mengumumkan bahawa iPhone 4S mereka yang baru ini akan berada pada 15 lagi Negara pada 11 November yang akan datang ini dengan pra-pesanan yang akan bermula pada jumaat ini di Negara yang terpilih.

Seperti biasa, Malaysia bukanlah Negara pilihan untuk pasaran Apple bagi iPhone 4S mereka pada kali ini. Bagi saya bukanlah satu perkara yang agak mengejutkan kerana mungkin pasaran di Malaysia tidak sebesar pasaran di Negara lain. Berikut adalah senarai Negara-negara pilihan Apple untuk telefon pintar baru mereka :-

Albania, Armenia, Bulgaria, El Salvador, Greece, Guatemala, Hong Kong, Malta, Montenegro, New Zealand, Panama, Poland, Portugal, Romania and South Korea.
 
Menurut Apple, mereka juga akan mengeluarkan peralatan ini kepada lebih 70 Negara menjelang akhir tahun ini. Adakah ini sesuatu maklumat yang baik untuk kita atau sebaliknya. Oleh itu, ingin saya membawa anda kepada penyelesaian masalah matematik yang kita selalu buat sewaktu di bangku sekolah dahulu. Pada masa ini Apple telahpun mengeluarkan iPhone 4S ini kepada 29 buah Negara dan sekarang ini mereka telah menambah kepada 15 buah Negara lagi. Jika anda tambah kesemua Negara yang akan mendapat peralatan ini ia telah menjadikan jumlah sebanyak 46 buah Negara. Buat masa ini hanya tinggal 24 buah Negara sahaja yang masih tinggal untuk mendapatkan. Persoalannya di sini, Adakah Malaysia akan tersenarai dalam 24 buah Negara yang tinggal ini? Apa pandangan anda?