Selasa, 4 Oktober 2011

Winning Eleven 2012 dan FIFA 12 Untuk PlayStation 3




Jika sebelum ini saya menulis berkenaan dengan Playstation 3 dan juga NBA, pada kali ini juga saya ingin berkongsi perkara yang sama tetapi bagi permainan yang lain pula. Susah untuk kita katakan bahawa tiadanya peminat bola sepak untuk sesebuah negara. Jadi untuk makluman semua antara dua permainan yang paling popular bagi permainan bola sepak adalah dua jenis permainan ini iaitu EA Sports FIFA dan Konami Winning Eleven yang mempunyai peminat paling ramai di dunia.



Bersempena dengan pengeluaran tahun 2012 edisi kedua-dua permainan ini, Sony Computer Entertainment Hong Kong telah mengeluarkan PlayStation 3 bundle dibungkus khas untuk mereka. Sama seperti bundle NBA 2K12 , produk kali ini juga bukanlah satu produk edisi terhad tetapi untuk pek FIFA, ia datang bersama-sama dengan bonus PlayStation x EA Sports bola sepak mini.





FIFA 12 PlayStation 3 Bundle tersedia sejak 27 September manakala Bundle untuk winning Eleven 2012 akan tersedia untuk jualan bermula dari 6 Oktober dan seterusnya. Harga yang di tawarkan adalah RM 1,218 untuk 160GB dan RM1,268 untuk 320GB
Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi peruncit terdekat anda atau kedai-kedai PlayStation berhampiran anda.

Peranti Razer Bertemakan Transformers




Kepada peminat Transformers mungkin anda akan meminati untuk mengetahui bahawa Razer akan mengeluarkan beberapa peranti mereka yang bercirikan filem tersebut. Walaupun agak ganjil kerana Razer mengambil keputusan mengeluarkan produk mereka ini tidak selari dengan tayangan filemnya di pawagam tetapi apa salahnya. Filem Transformers yang di maksudkan adalah Dark of The Moon yang akan menjadi tema produk mereka. Produk yang akan kita lihat antaranya adalah permainan tetikus terkenal mereka DeathAdder yang akan disediakan dalam empat reka bentuk iaitu dua untuk Autobots dan dua lagi untuk Decepticons

Di samping itu juga Razer Vespula pad tetikus permainan dua-belah yang memberikan kemunculan Optimus Prime dan Megatron pada setiap bahagian. Untuk melengkapkan persembahan, Razer juga telah keluarkan casing keras untuk laptop yang boleh didapati dalam empat warna dengan pilihan sama ada Autobots atau Decepticons pada logonya.




Dijual pada harga RM 193 (USD 59.99), RM 113 (USD 34.99) dan RM 161 (USD 49.99) masing-masing, Razer Transformers bertemakan Dark of The Moon dijangka tiba di rantau ini pada suku ke-empat 2011. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.razerzone.com/transfomers3.

NBA 2K12 PlayStation 3 dan Move Pack Akan Berada Di Malaysia




Permainan bola sepak bukanlah hanya satu-satunya permainan video  yang menerima kemas kini secara tahunan. Ia adalah kes yang sama seperti permainan bola keranjang dan jika anda peminatnya, anda mungkin telah tahu berkenaan 2K Games NBA 2K12 kira-kira akan dikeluarkan pada minggu ini. Di Malaysia, permainan versi PlayStation 3 ini akan berada di kedai-kedai bermula dari 7 Oktober dan seterusnya dan PlayStation 3 yang di datangkan bersama-sama dengan PlayStation Move pack akan juga tersedia untuk mengiringi pelepasan permainan ini.

Walau bagaimanapun, produk ini bukanlah satu keluaran edisi terhad walaupun selain dari segi kotaknya bertemakan sebagai NBA2K12. PlayStation 3 bundle ini menggabungkan permainan dengan standard konsol 160GB atau konsol 320GB manakala Move pack bercirikan salinan permainan bersama-sama dengan standard pengawal gerakan (Standard Move motion controller).



Terdapat dalam warna arang hitam atau putih klasik, konsol bundle NBA 2K12 ini berharga RM 1,208 untuk kapasiti 160GB dan RM1,258 untuk kapasiti 320GB. Untuk Move pack, ia dijual pada harga RM 299 dan bagi orang-orang yang lebih suka untuk mendapatkan permainan stand-alone, ia juga disediakan untuk harga RM 179. Seperti biasa, hubungi peruncit kegemaran anda atau rakan kedai terdekat Sony untuk maklumat lanjut.

Akamai Menandatangani MoU dengan CyberSecurity Malaysia



Seperti nama mereka, CyberSecurity Malaysia (CSM) mengambil serius tentang keselamatan dalam talian anda dan dalam usaha untuk terus memperkukuh usaha-usaha mereka, baru-baru ini mereka telah menandatangani MOU dengan Akamai, salah satu penyedia infrastruktur web terbesar di dunia.

Acara utama yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CSM Lt Kol Prof Dato'Husin Jazri dan Akamai Technologies, Pengarah Kanan (Sektor Awam) Encik Francis F. Trentley, yang mana juga menandakan bahawa buat kali pertamanya Akamai pernah menandatangani MOU rasmi dengan badan kerajaan.

Melalui perjanjian ini, Akamai akan membantu CSM dengan mempermudahkan data yang didapati melalui infrastruktur web mereka bagi membantu CSM dalam siasatan yang berkaitan dengan risiko keselamatan dalam talian seperti kejadian penipuan, serangan siber atau aktiviti godam yang berniat jahat yang datang dari IP asing. Sebagai balasan, CSM akan memudahkan Akamai dengan butiran mengenai serangan siber dan ancaman yang datang dari Malaysia.

Ketika diminta mengulas mengenai serangan baru-baru ini oleh Anonymous di pelbagai laman web Malaysia, Lt Kol Pro Dato 'Husin Jazri ini berkata:

    "Daripada serangan yang kami belajar beberapa perkara; pertamanya, serangan datang dari dalam Malaysia. Kedua, serangan ini menunjukkan bahawa orang-orang yang terlibat adalah individu yang terlatih, dan bahawa mereka memilih untuk melakukan serangan ini kerana sistem kami tidak menjaga kebajikan mereka. Menerusi perkongsian kami dengan Akamai, kami berharap untuk memupuk bakat ini dan bukannya menonton mereka menggunakannya bagi melawan kita. "

Kerjasama ini juga akan melihat Akamai berkongsi kepakaran mereka dengan CSM dengan mengadakan kursus-kursus latihan, seminar dan pendidikan sebagai pemacu kepada profesional IT Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CSM, layari laman web rasmi mereka di http://www.cybersecurity.my. Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Akamai di http://www.akamai.com.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Kingston DataTraveler 6000 : Selamatkan Data Penting Anda




Kebanyakan kita menggunakan pemacu USB sebagai cara yang paling mudah dan cepat untuk memindahkan fail dan kita mungkin tidak akan memberi perhatian sepenuhnya berkenaan keselamat terhadap penggunaannya. Tetapi keselamatan adalah satu masalah besar kepada sesetengah orang, terutama orang-orang yang membawa maklumat rahsia terutamanya berkenaan kewangan dan maklumat kerajaan (kalau boleh kita ingat kembali pencarian besar-besaran untuk komputer riba FBI yang hilang?).

Jika anda salah seorang yang jenis menggunakan pemacu USB anda akan berasa tidak selesa selapas membaca info kita pada kali ini. Justeru itu, Kingston mempunyai penyelesaian untuk anda dalam bentuk jenama baru DataTraveler 6000. Dilengkapi dengan Federal Information Processing Standard (FIPS) 140-2 Level 3 Pengesahan dan penyulitan 100 peratus. Maklumat dari Kingston mengatakan bahawa walaupun pasukan Kim Jong-Il yang sangat terlatih dalam “cybertroopers” tidak akan dapat memecah untuk membuka dan mencuri lihat dokumen-dokumen sulit anda.

Jelas sekali, keselamatan tambahan akan dikenakan bayaran yang boleh dikatakan agak menarik, Kingston DT6000 dikenakan dengan harga yang agak tinggi di mana Varian 2GB berharga RM364, manakala varian 16GB akan dikenakan harga sebanyak RM954.

Maklumat lanjut bagi DataTraveler 6000 boleh didapati di laman sesawang Kingston di www.kingston.com.

PIKOM Universiti 2011



Masuk adalah percuma
Bertempat di Dewan Perdana, UniKL MFI
Dari 3-5 Oktober 2011
Dari Jam 10 pagi hingga 7 petang
Maklumat lanjut boleh hubungi 03-7955 2922 atau e-mail pcfair@pikom.org.my atau layari www.pikom.my di bawah seksyen members dan seterusnya announcements


Hadiah utama untuk dimenangi : Mazda 2 1.5
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah berbelanja serendah RM100.00 dan layak untuk menyertai cabutan bertuah

Jangan lepaskan peluang ini...jom ramai-ramai kita serbu