Khamis, 27 Oktober 2011

Android 4.0 Ice Cream Sandwich



Ramai di antara kita rasanya telah sedia maklum bahawa telefon pintar yang pertama yang akan menggunakan sistem Android terbaru adalah Samsung Nexus. Kita telahpun di maklumkan bahawa telefon pintar ini akan tersedia di pasaran US pada november ini nanti.

Ya perkara ini semuanya kita telah tahu dan sudah tentu kita semua mempunyai 3 persoalan yang sama yang bermain di fikiran kita.

Pertama : Adakah saya akan mendapat menggunakannya?
Seperti yang kita tahu kebanyakan telefon lama sudah tentu akan menghadapi kesukaran apabila sesuatu kemaskini telah tersedia untuk dilaksanakan. Apakah masalah yang akan timbul jika saya lakukan kemaskini? atau adakah ia serasi dan berfungsi dengan baik apabila melaksanakan kemaskini sistem operasi ini?. Ada sumber mengatakan Google buat masa ini telah dalam proses untuk menyediakan sistem operasi terbarunya ini untuk Nexus S dan secara teorinya Nexus S menggunakan sistem versi 2.3 (Gingerbread). Jadi apa yang boleh kita rumuskan di sini adalah telefon yang menggunakan sistem operasi 2.3 secara tidak langsung akan dapat menggunakan sistem operasi terbaru ini.
Antara telefon yang menggunakan sistem operasi 2.3 adalah : -
HTC's Desire, Desire Z, Desire HD, Droid Incredible, Droid Incredible 2, Evo 4G, Incredible S, dan ThunderBolt; LG's Optimus 2X dan Optimus One; Motorola's Atrix 4G, Droid 2, Droid Pro, dan Droid X; Google's Nexus One dan Nexus S; Samsung's Galaxy S; Sony's Xperia X10; dan T-Mobile's G2 dan myTouch 4G.



Kedua : Bilakah saya akan memperolehinya?
Kita masih lagi tidak ketahui bilakah agaknya Ice Cream Sandwich benar-benar akan tersedia untuk kita gunakan. Menurut Eric Schmidt dari Google menyatakan pada September lepas bahawa sistem operasi ini akan tersedia untuk digunakan menjelang Oktober atau November tahun ini. Oleh kerana Samsung Nexus hanya dikeluarkan pada November ini maka kita akan dapat lihat bahawa sistem ini juga akan tersedia sekurang-kurangnya pada awal November tahun ini. Walau bagaimanapun Kit Perisian Pembangunan (Software Development Kit - SDK) telahpun tersedia untuk di muat turun oleh pembangun perisian. Sila dapatkan kit pembangunan anda di sini



Ketiga : Adakah sistem ini mempunyai perbezaan yang ketara?
Kita boleh mengatakan ia adalah sesuatu sistem yang memang agak baru kerana ia telah di reka bentuk semula dan diberi nafas baru. Perubahan yang agak ketara dalam sistem ini adalah butang navigasi bukan fizikal (navigasi secara perisian dan bukan bentuk butang seperti papan kekunci). Google masih belum menerangkan lagi bagaimanakah ia akan digunakan pada telefon yang mempunyai butang fikizal seperti Droid X. Perkara baru yang lain adalah seperti mencipta folder, aplikasi biasa digunakan, tingkat upaya notifikasi, kemaskini pada Gmail, aplikasi kalendar, pelayar (menyokong sistem tab pada pelayar), dan perisian suara-ke-teks

Isnin, 24 Oktober 2011

Generasi Pertama iPad 3G Tidak Dapat Tingkat Upaya Ke iOS5




Setahu saya bukanlah terlalu lama atau tidak sampai sebulan sistem terbaru iOS5 ini telah di keluarkan dan telah banyak masalah yang diberikan oleh pengguna-pengguna di internet dengan peranti mereka. Salah satu yang terbesar adalah bahawa sesetengah pengguna iPad 1 3G mendapati bahawa peningkatan kepada IOS 5 tidak mempunyai hasil yang diingini dan sebaliknya merosakkan iPad anda. Jika anda memasuki laman web Apple di sini dan di sana rata-ratanya menyatakan masalah mereka hadari dan ini bukanlah satu kajadian yang terpencil.

Apple masih lagi tidak mengeluarkan sebarang pembaikan akan perkara ini lagi dan seperti tidak kelihatan terlalu peduli tentang hal itu juga. Satu-satunya penyelesaian setakat ini adalah untuk menghantar dan berharap bahawa seseorang genius sebenarnya boleh berbuat sesuatu mengenainya.

Oleh itu, jika anda memiliki iPad 1 3G, anda di nasihatkan supaya tidak terus menaik taraf kepada IOS 5 pada masa ini dan tunggu sehingga mereka telah mempunyai jalan penyelesaiannya. Walaupun begitu, bagi mereka yang mempunyai iPadsjailbroken” anda mempunyai satu tetapan dalam bentuk butang "Recovery Fix" dalam redsn0w (dalam menu tambahan).

Ada sesiapa mempunyai masalah seperti ini?

Macbook Pro Baru Dijangka Keluar Minggu Ini




Menurut sumber yang dibocorkan sendiri dari laman web Apple, minggu ini seharusnya kita akan melihat sesuatu yang menyegarkan dari Apple Macbook Pro. Jika anda masih mencari untuk membawa pulang salah satu dari Macbook Pro ini saya mencadangkan supaya anda menahan dulu godaan anda dari membelinya. Soalan yang bermain dalam fikiran anda sudah pasti apa terbaru yang akan di masukan dalam Macbook Pro ini. Apa yang boleh saya katakan di sini adalah jangan mengharapkan yang terlalu tinggi perubahan yang akan di buat oleh Apple ini. Ini adalah cara mereka bermain dengan permainan teknologi ini.

Jadi kita tunggu sahaja dan lihat apa yang akan di sajikan oleh Apple nanti. Walaupun telah disenaraikan kepada beberapa buah negara yang akan mendapat kumunculannya dahulu tetapi tidak salah untuk kita menunggu. Jangkaan keluaran adalah pada selasa atau khamis ini.

Jom kita tengok

Pengguna iPad 2 Adakah Anda Telah Selamat?



Memiliki iPad 2 dengan menggunakan sistem IOS 5 yang dihiasi dengan “Smart Cover”(Penutup Pintar)? Adalah sebaik-baiknya anda tidak menggunakannya lagi kerana penutup pintar anda itu sememangnya pintar. Ia boleh memberikan akses kepada mana-mana iPad yang menggunakan IOS 5, walaupun peranti anda dilindungi dengan kod kunci. Jadi sesiapa sahaja sebenarnya boleh akses iPad 2 anda dengan sewenang-wenangnya dengan mana-mana Penutup Pintar tersebut.
 
Satu isu keselamatan baru-baru ini telah diterbitkan ke laman sesawang yang mengajar pengguna bagaimana untuk memintas skrin kunci menggunakan hanya Penutup Pintar. Walaupun begitu satu berita baik untuk anda adalah ibu anda mungkin tidak dapat membuka kunci tersebut tetapi berita beruknya pula mereka yang celik teknologi pasti berupaya membuatnya. Ia agak mudah, apa yang anda perlu lakukan adalah klik butang kuasa sehingga slider untuk matikan iPad anda muncul, kemudian tutup penutup pintar. Buka penutup pintar anda dan klik batalkan, dan anda kini berada dalam peranti. Anda akan dapat melihat semua aplikasi yang dipasang pada peranti walaupun anda tidak berupaya membuat apa-apa ke atas peranti tersebut. Walau bagaimanapun, jika pengguna tidak mematikan aplikasi yang digunakan  sebelum ini seperti pelayar Safari, folder e-mel atau mesej, maka mereka yang cuba mengodam iPad anda pasti akan dapat melihat segala-galanya.

Saksikan video di bawah tentang cara membuatnya. Anda boleh cuba membuatnya pada iPad anda atau rakan anda. Tetapi pastikan anda meminta kebenaran mereka terlebih dahulu. Mungkin Apple akan mengeluarkan kemas kini bagi isu kesemalamat ini tidak lama lagi. Tetapi nasihat saya adalah lebih baik untuk anda sentiasa menutup aplikasi yang telah anda gunakan sebelum mematikan iPad anda.


Minggu Depan : Nokia Dengan Windows Phone 7




Peminat Nokia pastinya sedang menunggu akan telefon terbaru yang akan di muatkan dengan Windows Phone 7. Berita baik untuk anda kerana penantian anda kini akan berakhir di mana menurut Andy Lees, Ketua kepada Microsoft Wondows Phone mengatakan bahawa telefon tersebut akan dilancarkan untuk kumpulan pertamanya pada Acara Dunia Nokia pada 26 Oktober 2011 ini nanti.
 
    "Nokia akan mengumumkan pelan pelancaran dengan Windows Phone, antara perkara lain. Ia akan menjadikan penilaian sebelumnya, dan melihat hala tuju kita untuk tahun ini dan tahun depan, dan ia memutuskan untuk membuat taruhan keseluruhnya  terhadap syarikat ke atas Windows Phone itu. Kami telah melihat bahawa pembuat perkakasan lain telah melihat kejadian ini sebagai kuasa pecutan, yang akan membantu kedua-dua Microsoft dan Nokia "- Andy Lees menyatakan dalam satu temu bual.

Kepada peminat Nokia pastinya anda akan rasa teruja untuk melihat dengan sendirinya telefon Windows Phone 7 ini, memegangnya dengan tangan anda dan dengan megah menyatakan “saya telah menggunakan Windows Phone 7”. Buat masa ini kita masih lagi tidak mendapat sebarang berita berkenaan telefon ini akan berada di pasaran tempatan. Tetapi bagi saya tidak salah untuk anda menunggu sedikit masa sahaja lagi.

Tindakan Undang-undang Pula Oleh Samsung Ke Atas Apple




Mungkin ada di antara kita telah lupa akan perintah mahkamah yang dibuat oleh Apple ke atas Samsung yang menjadi penghalang kepada jualan Samsung Galaxt Tab 10.1. Pada waktu ini nampaknya Samsung telah membuat serangan balas melawan kembali dan merancang untuk memfailkan beberapa perintah mahkamah mereka sendiri - kali ini mensasarkan Apple iPhone 4S dan iPad 2.

Dari siaran akhbar Samsung:
SEOUL, Korea - 21 Oktober 2011 - Samsung Electronics hari ini memfailkan usul injunksi awal di Mahkamah Daerah Tokyo, Jepun dan dalam New South Wales Registry, Australia meminta mahkamah untuk menghentikan jualan Apple iPhone4S di negara masing-masing.

Dalam satu kenyataan berasingan hari ini, Samsung telah merayu keputusan mahkamah Australia pada 13 Oktober untuk memberikan injunksi awal terhadap Galaxy Tab 10.1.

Di Jepun, Samsung juga memohon perintah injunksi untuk menghalang penjualan iPhone4S dan iPad2 segera.

Permintaan injunksi di Jepun memetik pelanggaran salah satu High Speed ​​Packet Access (HSPA) standard yang berkaitan dengan paten dan tiga paten antara muka pengguna, yang serius melanggar harta intelek Samsung.

Permintaan injunksi awal Samsung di Australia memetik tiga pelanggaran paten yang berkaitan dengan piawaian telekomunikasi tanpa wayar, Wideband Code Division Multiple Access (WCDMA) dan HSPA. Perkara ini telah membuatkan pihak Samsung percaya penjualan alat-alat Apple itu harus diharamkan.

Apple terus melanggar hak paten dan perjalanan percuma pada teknologi kami. Kita tidak lagi akan leka dan dengan teguh akan melindungi harta intelek kami.

Perang undang-udang ini seperti berterusan dan kita sendiri tidak tahu sehingga bila ia akan reda. Sebagai pengguna saya rasa perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana setiap pengguna telah adalah jenama apa yang mereka lebih minat untuk digunakan. Kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya strategi yang mereka rancangkan. Apa pendapat anda?