Khamis, 6 Oktober 2011

Steve Jobs Meninggal Dunia : 1955-2011



Mungkin bukan satu perkara yang akan mengejutkan kita kerana kita semua telah sedia maklum akan masalah kesihatan beliau sebelum ini sehingga beliau meletakan jawatan sebagai CEO Apple. Walau bagaimanapun beliau telah banyak mengubah dunia teknologi kita sekarang ini dari segi pengkomputeran sehinggalah ke teknologi telefon pintar dan tablet. Apple yang memang sudah tidak asing lagi dengan produk terkenal mereka seperti iPod, iPad, iPhone, iMac dan banyak lagi produk mereka.

Beliau pergi pastinya meninggalkan kesan yang agak mendalam dalam hati peminat-peminat Apple dan walaupun anda bukanlah seseorang peminat kepada Apple tetapi sudah pastinya anda akan ada sedikit merasai impaknya terhadap perkembangan teknologi masa hadapan. Seseorang yang begitu berwawasan dan seseorang yang begitu penting di sebalik kejayaan Apple.





Pihak Apple masih lagi tidak mengulas lanjut berkenaan dengan penyebab kematian beliau tetapi sekiranya anda melayari laman web mereka ada meletakkan gambar Steve Job dengan teks "Steve Jobs 1955-2011." Sekiranya anda klik pada imej berkenaan anda akan di bawa ke teks tambahan : "Apple telah kehilangan seseorang yang berwawasan dan genius kreatif, dan dunia telah kehilangan manusia yang menakjubkan dan kepada mereka yang cukup bernasib baik untuk mengetahui dan bekerja dengan Steve telah kehilangan seorang kawan dan mentor inspirasi. Steve telah meninggalkan syarikat yang hanya dia seorang sahaja yang dapat bina, dan roh beliau selama-lamanya akan menjadi asas kepada Apple. "





Maklumat lanjut sila layari abcnews 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan