Selasa, 11 Oktober 2011

Aplikasi Facebook Pada iPad : Muat Turun Sekarang

 

Sudah pastinya ramai pengguna iPad akan berasa gembira apabila mengetahui akhirnya aplikasi yang ditunggu-tunggu ini telah tersedia untuk anda muat turun pada iPad anda. Memang benar dengan apa yang anda lihat sekarang ini aplikasi bagi laman rangkaian sosial yang paling popular sekarang ini iaitu Facebook. Penantian memang satu penyiksaan bukan? tetapi walaupun kita menunggu agak lama untuk aplikasi ini berada di kedai Apple, kemunculannya tidak mengecewakan apabila terdapat ciri-ciri yang boleh kita akses seperti gambar dan juga permainan. Aplikasi yang dibangunkan ini juga adalah yang  dioptimumkan untuk digunakan dengan persekitaran dan keupayaan unik iPad.



Picit, slaid atau tap untuk pergi dari satu skrin ke skrin satu lagi; menikmati gambar yang lebih besar dan lebih baik dengan skrin besar (besar berbanding iPhone sekurang-kurangnya); menikmati navigasi yang mudah untuk menghantar mesej, menyemak pemberitahuan atau menyemak imbas penanda buku anda; memainkan game di mana saja anda pergi dan ketuk untuk menghantar mesej pada menu mudah dropdown. Aplikasi ini kini boleh dimuat turun sekarang dari kedai aplikasi Apple.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan