Jumaat, 21 Oktober 2011

Spesifikasi Telefon Pintar Samsung Galaxy Nexus : Ice Cream Sandwich



Saya rasa semua telah sedia maklum bahawa Samsung Nexus akan menjadi telefon pintar pertama yang akan menggunakan OS Android 4.0 iaitu Android Ice Cream Sandwich. Ramai juga yang bertanyakan kepada saya spesifikasi telefon ini pula bagaimana. Jadi untuk kali ini saya memberikan anda sedikit info berkenaan spesifikasi telefon bimbit Nexus ini.

Dimensi telefon ini adalah seperti berikut :
Mempunyai ketebalan sisi bahagian atas 0.35 inci (8.84mm ke 9.3mm) dan bahagian bawah 0.45inci (11.4mm)
Mempunyai lebar 2.7 inci (68.6mm)

Skrin : lebar skrin adalah 4.65 inci super Amoled HD (1280x720) resolusi 330 piksel per-inci

Pemproses : Texas Instruments OMAP 4460 dual core 1.2 GHz

Memory : 1GB  RAM

Kelajuan Muat Turun : 4G (LTE atau HSPA+) 8 - 25 Mbps
LTE adalah rangkaian untuk US. Luar dari US akan menggunakan HSPA+



Ruang Simpanan : 16GB atau 32GB dan tidak menyokong slot kad SD


Bateri : 1750 mAh


Kamera : 5 MP dengan sokongan panorama dan Video 1080p 


Ini sahaja yang dapat saya kongsikan untuk tatapan anda semua. Bagi saya yang telahpun menggunakan telefon pintar walaupun tidak secanggih yang baru keluar di pasaran sekarang ini, masih lagi mencari-cari satu telefon pintar yang dapat bertahan lama. Saya tidak tahu adakah anda bersetuju atau tidak tetapi untuk caj bateri setiap hari kadang kala memenatkan lebih-lebih lagi apabila kita sering berada di luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan