Khamis, 27 Oktober 2011
Android 4.0 Ice Cream Sandwich
Ramai di antara kita rasanya telah sedia maklum bahawa telefon pintar yang pertama yang akan menggunakan sistem Android terbaru adalah Samsung Nexus. Kita telahpun di maklumkan bahawa telefon pintar ini akan tersedia di pasaran US pada november ini nanti.
Ya perkara ini semuanya kita telah tahu dan sudah tentu kita semua mempunyai 3 persoalan yang sama yang bermain di fikiran kita.
Pertama : Adakah saya akan mendapat menggunakannya?
Seperti yang kita tahu kebanyakan telefon lama sudah tentu akan menghadapi kesukaran apabila sesuatu kemaskini telah tersedia untuk dilaksanakan. Apakah masalah yang akan timbul jika saya lakukan kemaskini? atau adakah ia serasi dan berfungsi dengan baik apabila melaksanakan kemaskini sistem operasi ini?. Ada sumber mengatakan Google buat masa ini telah dalam proses untuk menyediakan sistem operasi terbarunya ini untuk Nexus S dan secara teorinya Nexus S menggunakan sistem versi 2.3 (Gingerbread). Jadi apa yang boleh kita rumuskan di sini adalah telefon yang menggunakan sistem operasi 2.3 secara tidak langsung akan dapat menggunakan sistem operasi terbaru ini.
Antara telefon yang menggunakan sistem operasi 2.3 adalah : -
HTC's Desire, Desire Z, Desire HD, Droid Incredible, Droid Incredible 2, Evo 4G, Incredible S, dan ThunderBolt; LG's Optimus 2X dan Optimus One; Motorola's Atrix 4G, Droid 2, Droid Pro, dan Droid X; Google's Nexus One dan Nexus S; Samsung's Galaxy S; Sony's Xperia X10; dan T-Mobile's G2 dan myTouch 4G.
Kedua : Bilakah saya akan memperolehinya?
Kita masih lagi tidak ketahui bilakah agaknya Ice Cream Sandwich benar-benar akan tersedia untuk kita gunakan. Menurut Eric Schmidt dari Google menyatakan pada September lepas bahawa sistem operasi ini akan tersedia untuk digunakan menjelang Oktober atau November tahun ini. Oleh kerana Samsung Nexus hanya dikeluarkan pada November ini maka kita akan dapat lihat bahawa sistem ini juga akan tersedia sekurang-kurangnya pada awal November tahun ini. Walau bagaimanapun Kit Perisian Pembangunan (Software Development Kit - SDK) telahpun tersedia untuk di muat turun oleh pembangun perisian. Sila dapatkan kit pembangunan anda di sini
Ketiga : Adakah sistem ini mempunyai perbezaan yang ketara?
Kita boleh mengatakan ia adalah sesuatu sistem yang memang agak baru kerana ia telah di reka bentuk semula dan diberi nafas baru. Perubahan yang agak ketara dalam sistem ini adalah butang navigasi bukan fizikal (navigasi secara perisian dan bukan bentuk butang seperti papan kekunci). Google masih belum menerangkan lagi bagaimanakah ia akan digunakan pada telefon yang mempunyai butang fikizal seperti Droid X. Perkara baru yang lain adalah seperti mencipta folder, aplikasi biasa digunakan, tingkat upaya notifikasi, kemaskini pada Gmail, aplikasi kalendar, pelayar (menyokong sistem tab pada pelayar), dan perisian suara-ke-teks
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan