Selasa, 11 Oktober 2011

Pra-Pesanan iPhone 4S Catat Jualan 1 Juta Dalam 24 Jam




Jom kita lihat sedikit pasal telefon pintar iPhone dari Apple. Apa yang menarinya telefon ini sehingga ia menjadi gilaan ramai orang pada masa kini. Telefon yang sebelum ini agak mengecewakan apabila ia dikeluarkan dari pasaran dan dikatakan terdapat beberapa masalah padanya. Pada masa yang saya juga ia adalah salah satu produk Apple yang dikeluarkan dalam tempoh masa kehidupan pengasas Apple sendiri iaitu Steve Jobs. Telefon pintar iPhone 4S yang baru dilancarkan kini telah memecahkan rekod untuk jumlah pra-pesanannya dalam tempoh masa 24 jam pertama dari tiga syarikat telekomunikasi pada majlis pelancarannya di Amerika Syarikat. Ini adalah hampir dua kali ganda 600,000 unit iPhone 4 semasa pelancarannya sebelum ini.

Apakah pendapat anda tentang telefon pintar baru ini? Bagi saya ia bukanlah satu tingkat upaya yang terlalu besar atau boleh dikatakan sangat kecil. Kalau pengguna iPhone 4 ingin pergi ke iPhone4 S mungkin akan berfikir banyak kali. Pengguna yang dikatakan signifikan adalah mungkin yang telah memiliki 3G atau 3GS dan yang pasti sudah tentu akan lebih sesuai kepada pengguna yang tengah mencari telefon pintar atau sesuatu yang berkaitan IOS.

Adakah perkara yang sama akan berlaku di Malaysia untuk telefon pintar 4S ini atau sebaliknya. Apa kata anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan