Memiliki iPad 2 dengan menggunakan sistem IOS 5 yang dihiasi dengan “Smart Cover”(Penutup Pintar)? Adalah sebaik-baiknya anda tidak menggunakannya lagi kerana penutup pintar anda itu sememangnya pintar. Ia boleh memberikan akses kepada mana-mana iPad yang menggunakan IOS 5, walaupun peranti anda dilindungi dengan kod kunci. Jadi sesiapa sahaja sebenarnya boleh akses iPad 2 anda dengan sewenang-wenangnya dengan mana-mana Penutup Pintar tersebut.
Satu isu keselamatan baru-baru ini telah diterbitkan ke laman sesawang yang mengajar pengguna bagaimana untuk memintas skrin kunci menggunakan hanya Penutup Pintar. Walaupun begitu satu berita baik untuk anda adalah ibu anda mungkin tidak dapat membuka kunci tersebut tetapi berita beruknya pula mereka yang celik teknologi pasti berupaya membuatnya. Ia agak mudah, apa yang anda perlu lakukan adalah klik butang kuasa sehingga slider untuk matikan iPad anda muncul, kemudian tutup penutup pintar. Buka penutup pintar anda dan klik batalkan, dan anda kini berada dalam peranti. Anda akan dapat melihat semua aplikasi yang dipasang pada peranti walaupun anda tidak berupaya membuat apa-apa ke atas peranti tersebut. Walau bagaimanapun, jika pengguna tidak mematikan aplikasi yang digunakan sebelum ini seperti pelayar Safari, folder e-mel atau mesej, maka mereka yang cuba mengodam iPad anda pasti akan dapat melihat segala-galanya.
Saksikan video di bawah tentang cara membuatnya. Anda boleh cuba membuatnya pada iPad anda atau rakan anda. Tetapi pastikan anda meminta kebenaran mereka terlebih dahulu. Mungkin Apple akan mengeluarkan kemas kini bagi isu kesemalamat ini tidak lama lagi. Tetapi nasihat saya adalah lebih baik untuk anda sentiasa menutup aplikasi yang telah anda gunakan sebelum mematikan iPad anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan