Selasa, 4 Oktober 2011

Caj Bateri Dalam Masa 10 Minit : Teknologi Jepun



Bercerita berkenaan dengan teknologi bukanlah sesuatu yang asing bagi blog saya ini. Teknologi yang terkini yang diceritakan pastinya akan mendapat liputan yang hangat dan paling ramai pembaca. Untuk itu ruangan pada kali ini adalah lebih kepada masalah yang selalu kita hadapi iaitu bateri. Bagi pengguna telefon pintar khususnya pasti akan merasa serik untuk menggunakan telefon mereka lebih-lebih lagi apabila menggunakan internet dengan penggunaan 3G atau Wifi. Perkara ini sudah pastinya akan menjanjikan pengunaan bateri anda digunaan dengan rakus sekali.

Sebelum keluar dari rumah sudah tentu anda akan pastikan bateri telefon anda telahpun dicaj sepenuhnya tetapi apa yang mengecewakan adalah tidak sampai ke petang bateri anda sudah menunjukan hanya tinggal 15-20% sahaja. Saya sendiri sebagai pengguna telefon pintar agak kecewa dengan prestasi bateri saya.

Pada kali ini apa yang berlaku adalah NTT DoCoMo telah berjaya menghasilkan sebuah bateri prototaip yang dapat dicaj dalam tempoh hanya 10 minit sehingga bateri anda penuh semula. Buat masa ini teknologi terbaru ini masih lagi hanya menyokong bateri lithium-ion luar dan hanya direka bentuk untuk menyokong media telefon pintar super-tipis  NEC Android (Jepun sahaja). Teknologi sudah pasti ada tempoh jangka masanya untuk ia berkembang dan untuk ia berada pada peranti lain dan telefon lain masih lagi tidak diketahui bilakah agaknya.


Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang engadget untuk melihat lebih banyak gambar dan juga paparan video

Tiada ulasan:

Catat Ulasan